Analisis Ringkas: Terengganu Bermasalah Hantaran Akhir, Sabah Menggila 10 Minit Terakhir Separuh Masa Pertama

Sabah akhirnya meraikan kejayaan pertama selepas minggu kontroversi pengurusan tertinggi memuat naik notis amaran secara terbuka kepada ketua jurulatih mereka.

Kedua dua pasukan bermain dengan asas 4-3-3. Namun Sabah lebih banyak bermain dengan 4-1-4-1 sama ketika menyerang ataupun bertahan.

 

Terengganu bermula lebih baik

Pada permulaan perlawanan, Terengganu bermula dengan lebih baik. Connection di antara Makan Konate dan Faisal Halim adalah animasi utama gerakan mereka.

Sabah bertahan dengan skema 4-1-4-1 dengan garisan pertahanan mereka agak tinggi. Beberapa kali Sabah ditebuk oleh Faisal Halim sehingga ke byline.

Ini adalah corak utama serangan Terengganu dengan menjadikan Konate sebagai konduktor di zon 14. Konate sangat kerap pergi ke Faisal Halim.

Faisal Halim ancaman utama namun kurang tajam

Faisal Halim secara mobiliti dan skil menjadi ancaman utama Sabah. Dia menunggu bola di posisi terbaik, berjaya melakukan beberapa gelecekan melepasi lawan.

Namun beberapa kali Faisal gagal menghasilkan produk akhir lebih baik.

Mujur pada separuh masa kedua Faisal akhirnya berjaya mencipta assist dalam perlawanan ini. Jika beliau lebih tajam daripada awal, Terengganu boleh mendapat gol tambahan dalam perlawanan ini.

10 minit terakhir separuh masa pertama

Sabah berjaya bermain bola sepak terbaik mereka musim ini pada 10 minit terakhir separuh masa pertama dalam perlawanan ini.

Silap Terengganu sendiri yang tiba tiba mengendurkan tempo mereka. Sabah mencipta beberapa peluang gol dan mereka berjaya menekan Terengganu sehingga melakukan kesilapan.

Gol pertama adalah daripada penalti, selepas kesilapan defensif.

Sementara gol kedua pula adalah team goal yang sangat baik. Kawalan bola dan hantaran ringkas dan kemas terus menghasilkan gol. Gol ini terlalu mudah diberikan Terengganu kepada Sabah.

 

Terengganu hilang fokus pada separuh masa kedua

Terengganu sudah merasai tekanan sebagai pasukan yang berada di kelompok teratas. Dan jelas mereka perlu memperbaiki aspek pengendalian tekanan ini.

Mereka datang ke Sabah pasti dengan harapan dan keyakinan. Malang sekali di sini, mereka bukan sahaja melawan Sabah, tetapi melawan diri mereka dari dalam.

Kesannya mereka tidak bergerak sebagai unit lebih baik.  Jordan Mintah merapatkan jurang gol ketika Sabah pula mamai di pertahanan.

Terengganu kemudian lebih ofensif ketika Sabah memutuskan untuk melindungi 2 gol mereka. Pendekatan Sabah ini sangat berisiko. Kerana mereka bertahan dengan corak yang kurang agresif. Mereka memberikan ruang dan peluang kepada Terengganu.

Rumusan

Perlawanan ini menjadi milik Sabah kerana Terengganu menyerahkannya pada 10 minit terakhir separuh masa pertama.

Terengganu boleh belajar sesuatu daripada perlawanan ini. Mereka perlu memperbaiki aspek ketajaman di final third terutama dari segi hantaran akhir.

Gerakan lincah tidak akan menghasilkan gol, tetapi teknik sepakan yang akan menghasilkan sesuatu seperti peluang gol.

Terengganu harus memperbaiki isu hantaran akhir mereka. Kerana Mintah adalah goalscorer yang boleh harap.

Kedua dua pasukan boleh dikatakan bermain dengan baik di tengah dan masing masing kerap ditewaskan di garisan pertahanan akhir ketika mereka naikkan sedikit ketinggiannya.

 

 

 

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil