Analisis: Safawi’s Run Dan Afiq’s Vision Adalah Masalah Utama Selangor

Perlawanan ini menjadi panas apabila Selangor memuat naik video Ifedayo yang menyuruh JDT datang ke Shah Alam kalau benar mereka King Of Malaysia.

Ia rencah yang sangat baik untuk membuatkan perlawanan ini panas. Dan makin bersemangat orang nak datang.

Separuh akhir pertama menyaksikan JDT menang tipis 2-1 di Larkin. Selangor membawa pulang 1 away goal.

Padang di Shah Alam sangat teruk selepas hujan lebat. Namun pemain profesional ni dah bersedia dengan apa sahaja kondisi padang.

Korang boleh baca laporan perlawanan di sini:



Selangor tiada jawapan kepada larian Safawi

Separuh masa pertama, JDT memulakan perlawanan dengan serangan awal. Safawi dan Cabrera melakukan percubaan bahaya, jelas ia amaran awal kepada pertahanan Selangor untuk lebih kompak dan sistematik.

Selangor banyak menggerakkan bola terus ke sayap. Mereka tak berminat nak bermain lebih combination play di tengah berbanding dengan JDT.

Taktikal Selangor memang predictable namun JDT tetap bermasalah nak mematikannya kerana Selangor ada pemain seperti Syahmi Safari yang memiliki game reading yang baik serta mampu membawa bola ke depan.

JDT di hadapan meneurusi ‘local connection’ apabila Afiq Fazail melakukan lorongan kepada Safawi.

Early run oleh Safawi itu adalah segalanya. Dalam keadaan padang macam ni, apabila anda berlari pada masa yang tepat dan menemui bola pada titik yang tepat.

Gol kedua juga konsep yang sama, larian oleh Safawi dan hantaran hasil daripada visi oleh Afiq Fazail.

Cuma gol kedua ni lebih kepada teknik sepakan yang menekankan ketapatan berbanding kederasan seperti gol pertama. 0-2

Safawi tak perlu mengawal bola pun, hanya perlu memastikan bola dirembat dengan inside foot untuk memastikan ada ‘swerve’ pada bola.

Selangor perlu mencari 4 gol dan ianya seperti satu damage kepada Selangor.

Belum sempat B. Sathianathan nak memperbaiki beberapa kerosakan di atas padang, Safawi melakukan larian sekali lagi dan menerima bola Cabrera dan dengan ‘jahatnya’ melakukan gol nutmeg si Khairul Azhan.

Prabakaran sekali lagi outplayed. Dia cuba track back tetapi gerakan dia tidak cukup bagus.

Gol ini dibina dengan Diogo menarik (drag) keluar pemain pertahanan Selangor. Menolak bola ke belakang kepada Afiq. Dan Afiq attack balik space yang dibuka itu.

JDT 3 Selangor 0 pada minit ke-51, Selangor perlu skor 5 dalam masa kurang 40 minit.

Bibit frustration Selangor terpampang pada aksi bentesan Halim Shaari ke atas Leandro pada minit ke-58.

Rumusan

Perlawanan ini memang berlangsung dalam keadaan padang basah. Dan banyak pasukan akan mengutamakan aspek teknikal daripada taktikal.

Namun dalam kes JDT, ketiga-tiga gol JDT adalah hasil daripada off the ball run Safawi. Itu adalah aspek taktikal.

Cuma perlaksanaan mereka adalah lebih direct dan terus melakukan execution.

Selangor langsung tiada jawapan untuk larian Safawi sama ada early run ataupun late run.
Afiq Fazail wajar diberikan kredit. Beliau yang ‘unlocked’ 2 gol Safawi tu dan tak lupa gol Leandro pada separuh akhir pertama.

Saya dapat katakan JDT lebih bersedia dengan apa yang lawan nak buat berdasarkan struktur pertahanan mereka yang tak advance di fullback. Sebab tu Corbin dan Kunanlan merantai gerakan dari sayap Selangor termasuk extra threat daripada Syahmi Safari.

Sementara Selangor tidak ada clear gameplan untuk bermain dalam keadaan padang dan juga berhadapan dengan pertahanan JDT yang lebih tersusun.

So tahniah kepada JDT mara ke final.