Arsenal berjaya menewaskan Manchester United dalam pertemuan di Emirates dengan skor 3-2.
Mengukuhkan lagi prospek kejuaraan EPL pada musim ini.
Dominasi Arsenal
Arsenal pasti akan sangat kecewa jika tidak menang perlawanan ini. Mereka tampil dengan aksi sangat dominan.
25 percubaan dihalakan ke gawang Man United. Walaupun hanya ada 5 sahaja on target. Mujur mereka mendapatkan 3 gol yang menegakkan keadilan bahawa mereka lebih berhak menang.
Secara asasnya, Arsenal menggunakan pendekatan sangat berani menentang Man United. Mereka melakukan overloading di kawasan gol United secara berterusan.
Sistem back 4 Arsenal yang tidak simetri
Ianya disebut asymmetrical backline. Di mana biasanya dalam sistem back 4, 2 Center Back akan di tengah dan 2 fullback akan berada di tepi.
Namun Arsenal menggunakan sistem asymmetrical untuk mengekang serangan bertiga Man United.
Ben White akan menjadi pemain yang mirip peranan right center back dalam sistem back 3.
Manakala Zinchenko memainkan peranan offensive fullback seperti biasa.
Sistem ini wujud kerana mereka mahukan pertarungan 1 v 1 dengan 3 penyerang United.
Gabriel: vs Anthony
Saliba vs Weghorst
White vs Rashford
Dari sudut lain, Zinchenko lebih efektif ketika menyerang berbanding White. Selain itu, Shaw lebih kental bertahan berbanding Wan Bissaka.
Ini gambaran daripada aerial:
Dua pemain sayap Arsenal, Bukayo Saka dan Martinelli juga aktif membantu untuk bertahan.
Saka sangat banyak membantu Ben White ketika bertahan.
Jadi, ini membuatkan serangan Arsenal dari bawah adalah digerakkan Zinchenko yang sangat aktif terlibat dalam segala macam gerakan.
Oleksandr Zinchenko vs Manchester United (H)pic.twitter.com/9pHEBgexQ5
— ArsenalComps (@ArsenaIComps) January 22, 2023
Ketiadaan Casemiro dirasai Man United
Man United bergelut untuk mengendalikan ancaman di tengah oleh Arsenal.
Ten Hag menggunakan sistem rotation antara McTominay dan Christian Eriksen. Di mana kedua dua pemain aktif bertukar peranan sebagai DM dan CM.
Malangnya, sistem ini menyukarkan United. Eriksen tidak bermain baik ketika berada di posisi bawah. Sebenarnya dia bermain ok sebelum ini dengan sistem ini.
Pada ketika ini, peminat Man United pasti akan merindui Casemiro. Ya, tanpa Casemiro, Man United sangat terdedah kepada ancaman segera.
Kesulitan dihadapi Man United di tengah ini ibarat bom jangka yang hanya menanti masa untuk meletup.
Dan mereka benar benar kalah pada akhirnya.
Wan Bissaka Weakest link sekali lagi
Wan Bissaka antara isu utama United dalam perlawanan ini. Gol pertama Arsenal adalah daripada kedudukan dia tak merantai Nketiah sebaiknya.
Dia membiarkan pemain itu menyerangnya dari belakang ataupun mendedahkan nombornya.
Seterusnya, pada gol kemenangan Arsenal, Wan Bissaka tidak berada di kedudukan terbaik untuk menghentikan hantaran dari half space oleh Zinchenko.
Lihat bagaimana Varane meminta Wan Bissaka untuk menutup passing lane atau menekan secara posisi. Wan Bissaka lambat bertindak. Kerana gaya permainannya yang active tackler sebelum ini telah diubah agar dia menjadi active presser.
United tidak dapat counterpress
Ini antara sebab kenapa pemain seperti Eriksen benar benar terdedah di tengah pada kali ini. Anthony, Rashford dan Weghorst gagal mengetuai pasukan mereka untuk menekan Arsenal segera di garisan tinggi.
Mereka kelihatan bagus melakukannya pada awal permainan. Namun intensiti mereka ditelan oleh Arsenal.
Ini adalah heatmap bagaimana anda lihat kelompongan di zon 14 itu. Arsenal mematikan ancaman di kawasan itu dengan total.
Dua gol United bukan kerana masalah taktikal, tetapi lebih kepada kesilapan individu dan kehebatan individu Rashford yang membidik dari luar kotak penalti.
Anthony gagal menyumbang lebih baik dari segi pressing dan juga kreativti. Membuatkan Ten Hag merasakan mereka cuba mempertahankan 1 mata dengan menambah pemain tengah iaitu Fred bagi memberikan lebih kestabilam.
Saka terlalu bagus
Bukayo Saka baru sahaja mempamerkan salah satu aksi terbaik secara individu. Dan ianya berdepan Man United.
Gol kedua Arsenal adalah daripada rembatan jarak jauh yang tidak dijangka, dalam keadaan De Gea benar benar pasif pada masa itu.
Ianya berkaitan dengan naluri dan teknik yang betul daripada Saka.
Saka mencetuskan ancaman ke arah gol, dia menjadi playmaker di sisi dan juga pemain yang aktif bertahan.
Bukayo Saka vs Manchester United | EPL 22-23
Whenever Saka gets on the ball, he is bale to create danger with it. His ability on the carry is marvelous and he is always able to find chance creating avenues for his side.
Star-boy! pic.twitter.com/EIPFEopY0Q
— Yash (@Odriozolite) January 22, 2023
Rumusan
Arsenal memiliki beberapa lagi pemain dalam prestasi luar biasa selain Saka. Mereka ialah Eddie Nketiah dan Zinchenko.
Prestasi yang optimum pada masa yang sangat tepat.
Man United bergelut dengan sistem counterpressing mereka di hadapan. Mungkin kerana penyesuaian dengan Weghorst.
Arsenal bermain dengan sangat baik. Mereka menunjukkan sekali lagi, mentaliti pasukan mereka sudah jauh berubah berbanding dengan 2 atau 3 tahun lalu. Mereka berjaya ‘melayan’ perlawanan dengan pasukan besar dengan keyakinan dan rasa ego tersendiri sebagai Arsenal.