Analisis: Sayangnya Klopp Kepada Lallana Bayangan Dia Bakal Menjadi Manager Gegenpressing Seterusnya

Ketika Klopp tiba di Anfield, salah seorang pemain yang menjadi perhatiannya adalah Adam Lallana.

Di kala pemain lain mengambil masa yang lama untuk mencerna apa DNA yang Klopp mahukan, Lallana pula dengan semulajadinya faham apa yang Klopp mahukan.

Sebut apa saja jenis bola sepak klopp, heavy metal football ke apa, Lallana adalah epitome dalam sistem beliau di Liverpool.

Kuat jodoh mereka ni, sampai rumah pun berjiran.

“Dia jiran saya paling pandai main bola,” kata Klopp.

Gegenpressing Klopp adalah rumit. Ianya menggabungkan keupayaan pemain bertindak sama ada menutup garis hantaran / passing lane ataupun menekan secara ruang / space pressing.

Lallana yang muka jambu itu memiliki kemampuan itu. Seolah olah dia ada di sebelah Klopp ketika Klopp menghasilkan kitab gegenpressing.

“Macam ni, bila team kita bermain compact, maka Adam [Lallana] trigger/memulakan/mencetuskan tekanan.” – Jurgen Klopp

Lalana menjadi nama pertama dalam senarai pasukan Klopp pada musim 2016/17.

Dia adalah butang trigger untuk gegenpressing bagi Klopp.

Di mana, apabila organisasi pasukan terlalu besar, Lallana akan masuk ke tengah itu dan menarik organisasi itu sebagai satu shape untuk gegenpressing seperti dimahukan Klopp.

Namun kecederaan memaksa Lallana melupakan lebih banyak aksi dalam pasukan.

Tetapi Klopp tetap sabar dengan Lallana. Sama seperti kesabarannya kepada pemain seperti Reus, Mkhitaryan di Dortmund dulu.

Setiap kali ada peluang memasukkan Lallana, Klopp akan melakukannya. Dia mahu pemain itu merasai aksi padang selekas yang mungkin selepas dia pulih.

Malah ramai juga fans kekadang menganggap Lallana ni anak emas Klopp. Dia perform ke tak, mesti Klopp cuba turunkan dia.

Lallana juga sangat mengerti dan arif tentang positioning ketika serangan. Memberikan advantage secara numerical ketika menyerang dan bertahan.

Mari menyerang bersama Lallana
Mari menyerang bersama Lallana 2

Lalu musim ini, pada pra musim Lallana dibentuk menjadi no.6.

Ini kerana Klopp tahu tempat Lallana di posisi no.8 sudah jatuh ke pilihan keempat atau kelima.

Tetapi untuk posisi no.6 jika dia cepat meningkatkan aspek pertahanan dia boleh berada di ranking ke-3.

Dengan Henderson pul dan ditolak ke no.8.

Lallana belajar peranan itu. Dan seperti biasa, apa sahaja arahan Klopp akan cepat dia fahami.

Bila masa pulak kau ada ni hanat

Dia seolah olah sudah lama bermain di posisi no.6.

Cuma kerisauan Klopp adalah bila Liverpool ultra offensive, Lallana akan dibuli secara fizikal.

Namun apabila ada workhorse macam Hendo, Winjaldum di atasnya, itu bukan masalah. Cuma risau kalau pemain seperti Oxlade yang di atas Lallana, kerana dia bukan pemain yang aktif untuk track back.

Kenapa Klopp masih simpan?

Benda macam ni susah nak dijelaskan. Ada sesetengah pengurus akan selesa kalau ada seorang pemain yang benar benar faham apa mereka mahukan secara semulajadi.

Can: Apa kau buat tu Lana oi — Milner: Kau kena ingat, bila Lallana buat maka itu sentiasa betul — Can: Ok aku pegi juve la macam ni

Adam Lallana akan menjadi pemain penting untuk rujukan pemain baharu ataupun pemain belia yang dinaikkan pangkat dan menyertai latihan skuad senior.

Klopp tak akan mampu berlari di padang latihan memberitahu mereka apa yang harus dilakukan. Adam Lallana boleh melakukannya. Kerana dia adalah sampling terbaik.

Tidakd dinafikan Lallana mungkin akan bla selepas ini. Kerana kekangan minit perlawanan. Tetapi Klopp akan ingat dia sebagai lelaki Inggeris yang membantunya menerangkan banyak perkara kepada rakan rakannya.

Jadi, tak mustahil suatu hari nanti Adam Lallana akan menjadi pengurus yang mewarisi DNA Klopp.

Sama seperti Guardiola ketika mewarisi DNA daripada Johan Cruyff di Barcelona. Begitu juga Arteta di Arsenal. Di mana Wenger kerap mengarahkan Arteta membimbing latihan pasukan – ketika dia masih bergelar pemain.

Kau tengok ni apa dia buat:

Baca yang lain