Analisis: Senarai Semak Keperluan Pasukan Big 6 Untuk Dibeli Pada Januari

Kali ni aku nak bincang secara santai tentang keperluan pasukan big 6, jika mereka nak sign pemain pada Januari ini.

1. Liverpool – Bek kanan

Tak banyak aku rasa Liverpool ni perlu sign atas keperluan. Mungkin bek kanan adalah yang paling mereka perlukan ketika ini.

Bek kanan kiri mereka ada Milner untuk back up kepada Robertson, namun di bek kanan mereka cuma ada Trent Alexander Arnold. Gomez ni susah sikit nak main bek kanan secara konsisten jika Arnold tak dapat bermain.

2. Manchester City – bek tengah

Bahagian yang mereka sangat crucial nak sign pada Januari ini. Mereka kehilangan Kompany yang bersara. Kemudian Laporte cedera.

Terbaru, John Batu pun rasanya cedera. Mereka cuma ada seorang sahaja pure CB yang establish iaitu Otamendi yang sudah veteran.

Mereka kerap gunakan Fernandinho sebagai bek tengah dan pemain ini banyak melakukan error memberikan foul di kawasan bahaya.

Yang lain mereka dah ada squad depth yang mantap.

Nampak klia ka lobang idung

3. Chelsea – Bek kanan, bek tengah

Tak pasti sama ada Lampard akan membeli pertahanan Januari ini. Sebab beliau menyatakan fokusnya lebih kepada memperkuatkan tengah dan serangan.

Itu yang Chelsea dikaitkan dengan Jadon Sancho. Kau bayangkan Sancho masuk dan Pulisic kembali duduk bench. Dah macam skrip kat Borussia Dortmund.

Chelsea perlukan seorang pemain senior di CB dan juga seorang bek kanan untuk menampung Azplilicueta. Mereka ada Reece James tetapi aku letakkan dia sebagai bakat sedang dibangunkan.

4. Manchester United – DM, penyerang, tengah

Aku rasa DM tu untuk back up kepada McTominay. Sebab Matic mungkin tak boleh gel dengan sistem yang ada di tengah.

Kalau dilihat United agak settle down kat tengah sekarang ni dengan permainan agresif, keras, menggeletis.

Pret, orang puji kita tu woi.

Untuk pemain tengah, mereka perlu mencari playmaker yang ala Juan Mata masa dia muda bergetah. Mereka akan menerima Pogba balik selepas ini.

Itu berita baik dia. So, tengah ni sama kes macam DM, ambil pemain untuk pesaing.

No.9 ni aku tak rasa Ole akan sign. Tapi ini adalah posisi yang mereka perlukan.

5. Tottenham – Tengah

Bagi aku Spurs ni bukan isu tak cukup squad depth. Tetapi lebih kepada pemain dah dalam fasa mereka nak bla, fikirkan kontrak dah nak habis macam Christian Eriksen.

Spurs perlu membeli seorang pemain macam Eriksen untuk kembalikan impak dia ke dalam pasukan. Mujur Ejen Ali dapat balik form dia.

So aku rasa, Spurs kena naikkan motivasi pemain dia semula dan beritahu mereka ini musim terakhir korang kat sini, buatlah terbaik.

6. Arsenal – DM, Bek tengah, tengah, bek kanan, sayap kiri, pengurus

Arsenal memerlukan seorang DM yang boleh bertahan dengan baik dan pada masa yang sama boleh playmaking dari deep area.

Seterusnya seorang pemain tengah yang boleh memberikan flair di tengah dalam sistem 4-3-3 ataupun 4-2-3-1. Ozil ni susah sikit. Dia ada isu konsistensi.

Bek kanan pun mereka kena sign. Bellerin dah ada simptom dia injury prone lately. Arsenal tak ada decent back up untuk posisi tu. Mereka kena ada back up yang sama style dengan Bellerin.

Maitland Niles so far, dia buat tugas dengan bagus tetapi korang kena ingat dia bukan pure fullback.

Akhir sekali sayap kiri. Di kanan mereka sudah ada Pepe. Dan di kiri biasanya mereka letakkan Aubameyang jika bermain 4-3-3. Namun Auba kalau kau tolak ke wing kau akan rugi sentuhan dia di dalam box.

Auba: Baik tukar satu team terus hanat

Dan bahagian yang paling perlu pastinya CB. Kesian Leno hari hari hadap shot. Tapi sebab dia dah terbeli Luiz hari tu, so dia kena offload sebelum beli.

Pengurus tetap pun kena sign segera. Sebab Ljungberg menyatakan polisi Arsenal tak bagi interim set up coaching staff mereka sendiri. Berkira setan.

Hari tu sebelum game lawan City dia dah cakap benda ni.

Dan selepas lawan City dia cakap benda yang sama. Susah dia nak handle dengan staff tak cukup. Dah la kawan tu manager baru.

Itu hanyalah pandangan, jika mereka ni benar benar mahu berbelanja untuk semua keperluan. Kalau macam Arsenal tu rasanya sukar nak dia beliau cover banyak area.

Sama juga macam Man United. Mungkin akan boleh beli seorang dua pemain sahaja.

Lagipun Januari ni mahal nak mampus harga pemain.

Sebab tu plan pada pra musim adalah segalanya bagi mereka. Itu yang akan guide pasukan untuk whole season

Baca yang lain