Sejak menyertai Chelsea, Graham Potter sangat berhati hati dalam perubahan sistem permainan. Dia awalnya dilihat cuba sedaya upaya untuk melakukan sedikit perubahan dengan cara yang paling cermat.
Potter tidak panik kerana Chelsea yang ada adalah pasukan yang berkualiti. Cuma masalah prestasi mereka lebih kepada isu motivasi.
Beberapa pemain sudah mulai tidak mahu komited untuk berjuang bersama Tuchel. Seperti Hakim Ziyech dan Pulisic, antaranya.
Dan dalam aksi berdepan Salzburg, Potter mulai menunjukkan kualiti permainan yang dia mahukan.
Cepat melebar dan masuk ke dalam
Chelsea diminta untuk cepat melebar ke wide area. Dan kemudian dengan segera membina link up play di tengah atau di dalam.
Untuk memastikan sistem ini bergerak dengan fluid, Potter membentu sistem dengan tengah berlian ataupun diamond midfield.
Ini antara contoh di mana mereka melakukan permainan kombinasi di zon sayap dan terus melakukan linking up ke tengah.
Dua pemain menjadi tunjang atau asas kepada berlian ini iaitu Jorginho Gallagher. Dua pemain ini akan kerap bertukar posisi di bawah.
Chelsea asasnya bermain dengan sistem 3-5-2 namun segera membantuk 3-1-4-1 ataupun 3-1-4-1-1. Ikutlah mana skema korang nak sebut. Sebab Kai Havertz bermain no.9 di belakang Aubameyang.
Ini adalah fasa buiuld up mereka pada awal permainan dengan 1 pivot turun ke bawah dan 3 pemain lagi terus membentuk diamond shape.
Sistem diamond fungsinya adalah untuk memberikan kelebihan secara kuantiti di tengah.
Dan Chelsea melakukannya dengan sebaik mungkin dalam perlawanan ini. Lihat sendiri apa yang mereka telah lakukan kepada bahagian tengah Salzburg. Mereka mengoyakkan rantaian tengah pasukan lawan mereka.
Ini heatmap lebih kecil skopnya kepada pemain yang bermain dalam sistem diamond Chelsea vs pemain tengah Salzburg.
Berdepan high pressing
Chelsea benar benar yakin berdepan high pressing lawan. Dalam situasi di bawah ini, Kepa ada 2 opsyen terbaik di kirinya. Namun pivot tetap turun untuk menambahkan lagi 1 opsyen ketiga.
Kepa benar benar bagus dalam permainan ball playing. Peminat Chelsea pastinya mahu kalau penjaga gol mereka ada keupayaan Kepa dengan kakinya dan keupayaan Mendy dengan fizikal dan save-nya.
Kepa kembali ke prestasi terbaiknya pada ketika ini. Membuatkan sistem Chelsea benar benar bagus kerana mereka disempurnakan oleh kemampuannya bermain ball playing dalam proses membina serangan dari bawah.
Lihat ini salah satu contoh Kepa bermain pada build up dengan yakin dan dia terus kekal di support play area di bawah tanpa panik balik ke gawangnya.
NO WAY KEPA WAS MORE INVOLVED IN CHELSEA'S BUILD UP PLAY THAN AUBAMEYANG 😭😭😭pic.twitter.com/FjSRhVdw8M
— S👻 (@scrapytweets) October 23, 2022
Kepa sekali lagi sangat aktif terlibat dalam fasa binaan dari bawah pasukan Chelsea.
Rumusan
Mungkin Chelsea berhak mendapat lebih banyak gol jika penyerang mereka seperti Aubameyang lebih tajam di hadapan gol.
Mereka ada sistem yang stabil dan menyulitkan lawan mereka. Namun dari segi penyudah, Chelsea sekali lagi berdepan dengan masalah kualiti penyudah.
Mujur Kai Havertz melakukan gol kelas dunia dalam perlawanan ini. Jika tidak, Chelsea pasti akan menikmati seri yang tidak layak mereka dapat.