Thomas Tuchel dikenali sebagai pengurus yang memiliki pengurusan taktikal yang hebat.
Tuchel membuktikan bahawa dia bukan sahaja pengurus ofensif yang bagus namun sangat baik dalam pengurusan taktikal defensif.
Prinsip Tuchel dalam aksi berdepan Palace adalah kestabilan fleksibel.
Segalanya bermula dari pivot.
Apa itu pivot?
Pivot bahasa mudahnya adalah posisi DM. Ia juga boleh disebut gandar. Mereka adalah pemain yang menjadi penghubung kepada barisan pertahanan dan hadapan.
Ketika bertahan, pivot menjadi lapisan penting menapis dan menyerap asakan lawan daripada sampai ke garisan pertahanan akhir.
Tuchel mengkacukkan gandarnya
Dalam aksi berdepan Palace, Tuchel telah menggunakan sistem hibrid.
Di mana Chelsea bermain dengan sistem pivot kembar dan kemudian berubah secara fleksibel menjadi pivot tunggal.
Ideanya adalah, ketika bertahan, Chelsea memerlukan 2 pivot untuk menahan asakan Palace yang sangat bahaya di bahagian sayap dan half space.
Seterusnya, jika dalam penguasaan bola, mereka akan bertukar kepada pivot tunggal. Di mana seorang lagi pemain pivot dengan aktif terlibat sebagai no.8 meninggalkan pivot kembarnya.
Ini adalah set up pasukan Chelsea dalam 3-5-2 dengan pivot kembar.
Ketika mereka dalam fasa dominan di dalam perlawanan, mereka tidak memerlukan pemain ekstra di pivot. Maka Kovacic akan ditolak ke atas untuk membantu serangan.
Kovacic sangat advance dalam perlawanan ini. Dan ketika dia naik Chelsea akan membentuk 3-1-4-2.
Mereka tidak menjadikan Jorginho sebagai halfback yang akan menyelit antara Christensen dan Rudiger atau James.
James sangat defensif dalam perlawanan ini.
Jadi, Chelsea akan membentuk skema serangan seperti gambar di bawah ini:
Ketika mod ofensif, Kai Havertz yang lebih fizikal akan lebih cepat masuk ke dalam kotak penalti. Werner lebih dari belakang kerana kelajuannya.
Kemasukan Loftus Cheek, tidak mengubah sebarang sistem permainan mereka. Begitu juga kemasukan Lukaku, Kante dan juga Ziyech atau Silva. Mereka semua masuk sebagai pertukaran terus kepada posisi bukan penggantian sistem.
Lihat bagaimana Cheek masih bermain seperti Kovavic pada separuh masa pertama.
Ini pada fasa mereka perlukan extra man untuk kestabilan.
Dan ini fasa mereka merasakan bahawa tiada ancaman secara numerical dari Palace dan Jorginho mulai ditinggalkan keseorang di pivot.
Jorginho tiada obligasi menjadi half back seperti mana jika dia bermain dalam sistem back 4.
Sistem ini menjadi sebab kenapa Kovacic seringkali menjadi ancaman gol kepada lawan sebelum ini. Dan Loftus Cheek juga menghasilkan gol daripada sistem ini.
Kenapa Tuchel hantar pivot sebagai extra?
Ini kerana, dia menjangkakan Palace pasti akan cuba bertahan dan berkampung di kawasan sendiri. Dan pada masa yang sama dia juga tidak 100% yakin Palace akan terlalu defensif sepanjang masa. Ini bermakna Tuchel tidak underestimate Patrick Vieira dalam aksi ini.
Sebab itu dia perlukan pemain yang mobiliti seperti Kovacic dan Loftus Cheek yang pada masa yang sama mampu menghasilkan ancaman gol sebagai extra man di pertiga akhir. Sesuatu yang tidak ada pada Kante.
Selain itu Tuchel bermain dengan sistem yang tiada target man yang benar benar prolifik. Jadi dia memerlukan sokongan tambahan untuk tugasan menjaringkan gol dari pemain tengah atau wingback.
Sebab itu Alonso , Mount, Kovacic/Cheek sangat aktif masuk ke dalam kotak penalti.
Peranan Werner lebih kepada ball carrier dengan kelajuannya. Lukaku, tidak berada dalam prestasi terbaiknya.
Rumusan
Ianya adalah taktikal berkaitan kestabilan dan pada masa yang sama sedia melabur pemain ekstra ke zon serangan pada sekelip mata.
Sekian throwback teman.