Analisis: Sistem Ultra Wide Winger + False Fullback Spurs vs United

Aksi antara Spurs dan Man United memang menarik untuk dibincangkan secara taktikal. Bagaimana Ange Postecoglu merencana taktikal berdepan pasukan Erik Ten Hag.

Ini perlawanan besar pertama Postecoglu untuk pasukan sesama Big Six. Dan ianya ujian yang besar.

Idea permainan

Postecoglu pernah berkata, dia cuma tahu cara menguruskan taktikal menyerang dan peminat Spurs tidak boleh mengharapkan idea seperti Conte Ball di sini daripada kenyataan beliau itu.

Idea utama adalah mematikan sumber ancaman Man United dalam serangan.

Dalam beberapa musim ini, Man United memiliki 2 cara yang utama dalam serangan mereka. Satunya lebih kepada teknikal iaitu Bruno Fernandes secara individu. Dan satu lagi lebih kepada kekuatan zonal iaitu di sebelah kiri menerusi Luke Shaw dan Rashford atau sesiapa sahaja di hadapan Shaw.

Idea dia adalah, seorang pemain harus mematikan mood Bruno Fernandes. Jangan beri dia hari yang mudah. Bruno Fernandes dineutralkan secara total di kotak penalti. Yves Bissouma menjadi pemain sangat penting dalam perkara ini.

Dia menjadi destroyer yang sangat cemerlang.

Konflik taktikal United berlaku lagi. Di mana Mount seringkali keliru pada fasa bertahan. Sama ada dia harus turun atau kekal pressing di kawasan tinggi. Di mana United memiliki sistem double 8 di tengah. Peranan Mount dan Fernandes adalah sama.

Ketika ini, United kerapkali membiarkan Casemiro keseorangan di hadapan pertahanan utama mereka. Dan Spurs banyak melakukan killer pass ke zon 14 untuk menarik Casemiro dan kemudian cepat menukar arah bola.

Seterusnya, Luke Shaw tidak diberikan jelajahan kawasan lebih jauh. Ada desakan kuat dan keras ke atasnya.

Tetap juga Shaw berjaya mencipta beberapa peluang bahaya kepada rakannya.

Harus diakui, Man United masih mampu menghadirkan banyak ancaman kerana kedua dua pasukan bermain di zon tinggi sepanjang masa. Man United ada 22 shots dalam perlawanan ini.

Ketumpulan United dan kesilapan bertahan

Ini isu utama dalam kem United. Walaupun idea utama permainan mereka terganggu namun mereka masih memiliki kemampuan mencipta peluang gol. Malangnya, peluang itu tak dapat disudahkan.

Ketumpulan di serangan atas sudah menjadi isu utama Ten Hag sejak musim lalu. Dan itulah sebabnya mereka mendapatkan Rasmus Hojlund. Malangnya pemain itu cedera.

Seterusnya, dalam perlawanan seperti ini, kesilapan ketika bertahan boleh menaikkan keyakinan pemain lawan. Ten Hag menganggap gol pertama Spurs sebagai tak sepatutnya berlaku. Ianya kelemahan mereka bertahan secara unit.

Kemudian gol kedua pastinya defensive error, Lisandro Martinez tertampan bola ke gawang sendiri.

Sistem overload Spurs

Sebenarnya Ange Postecoglu tidak menolak terlalu ramai pemain ke dalam box. Dia lebih fokus kepada key area untuk memenangi bola kedua.

Sebab itu anda akan melihat tidak begitu ramai pemain berada di zon untuk bergasak dengan Varane atau Martinez.

Kualiti zonal lebih penting berbanding kuantiti. Kerana Spurs tak ada kemampuan untuk sistem yang lasak duel dengan pemain lawan di dalam kotak penalti.

Sistem false fullback dan ultra wide area Spurs

Satu perkara yang menarik adalah bagaimana sistem ini berfungsi terutama sekali selepas Richarlison dikeluarkan.

Di mana Spurs meletakkan Perisic yang memainkan peranan sama dengan Kulusevski sebagai ultra wide winger.

Son Heung Min sebelum kemasukan Perisic bermain di sayap kiri, dia lebih kepada inverted winger yang terus masuk ke dalam zon gol.

Sebaliknya Perisic dan Kulusevki pula akan menggunakan wide area selebarnya untuk berlari.

Biasanya pemain akan bermasalah dengan sistem ini berdepan dengan pemain seperti Wan Bissaka yang bagus dalam 1 v 1. Kerana pemain yang melarikan bola jauh ke zon tepi akan dikejar dan dihambat di half space.

Namun Perisic sangat bagus dalam larian dan menukar arah bola atau gerakan. Begitu juga dengan Kulusevski.

Dalam situasi ini. Man United perlukan winger mereka untuk membantu fullback bertahan. Namun itu tak berlaku. Bak kata Ten Hag mereka agak shut down pada awal separuh masa kedua.

Spurs kemudian menolak false fullback mereka ke atas. Udogie dan Pedro Poro akan masuk ke tengah / halfspace. Lihat rantaian atau link up antara false fullback dengan ultra wide winger system di sini:

Sistem ini berkesan kerana Kulusesvki / Son / Perisic mengatasi lawan mereka dengan speed bukannya cuba mengatasi fullback United secara berdepan dalam 1 v 1.

Apa yang pasti tenaga winger Spurs dalam perlawanan ini ibarat orang telan pil kuda.

Ini contoh Udogie bermain progression dengan terus terlibat dalam serangan.

Lihat bagaimana Spurs mengacah bola di zon 14 dan kemudian terus offload bola ke wide area yang mencetuskan ancaman gol kedua.

Rumusan

Ini antara aksi terbaik Spurs dalam taktikal bola sepak menyerang sejak era Pochettino.

Mereka bermain dengan berani dalam perlawanan besar ini. Tidak takut melakukan kesilapan dan kemudian mengekalkan pelan taktikal mereka dengan sebaik mungkin.

Bagi United, ianya aksi yang baik daripada mereka. Cuma dari segi improvisasi taktikal Spurs terbukti lebih baik dengan gol yang mereka ada.