Kedah memutuskan tidak menyambung kontrak pemain pertahanan paling lama di dalam skuadnya.
Khairul Helmi Johari bakal berusia 33 tahun musim hadapan tidak lagi berada dalam perancangan Aidil Sharin Ishak.
Sejak 2 musim lalu Helmi bukan lagi pemain utama skuad Hijau Kuning. Tempatnya telah diisi oleh Shakir Hamzah dan Renan Alves.
Menariknya Kedah juga tidak menyambung kontrak Shakir Hamzah, jadi siapakah gandingan baharu di pertahanan tengah Aidil Sharin?
Pemain yang paling hampir dan kerap digunakan di posisi itu ialah Irfan Zakaria namun tidak pasti adakah pemain kekal atau kembali ke Kuala Lumpur.
Berbalik kepada Helmi Johari bagaimana statistik penampilannya boleh dilihat sejak 4 musim lepas.
2017
Musim yang menyaksikan Kedah mara ke perlawanan akhir Piala Fa dan Piala Malaysia. Kedah berjaya menewaskan 3-2 di Piala FA tetapi tewas 0-2 ditangan JDT Piala Malaysia.
Helmi Johari bermain dalam kedua-dua perlawanan itu bergandingan dengan Syawal Nordin (Piala FA) dan Zachary Anderson (Piala Malaysia).
Helmi memainkan peranan penting dalam kemaraan ke final Piala Malaysia apabila tampil 5 kali di peringkat kumpulan. Kedah merekod 5 kemenangan dan hanya tewas kepada Kelantan (0-3).
Helmi bersama pasukan melepasi Selangor di peringkat suku akhir namun terlepas 1 perlawanan di peringkat separuh akhir kerana mengumpul 3 kad kuning.
Kedah kalah sekali di pertandingan Piala FA. Helmi direhatkan kerana Kedah sudah membawa bekalan besar (6-1) ke Ipoh bertemu PKNP.
Di liga Helmi sememangnya pemain utama Tan Chen Hoe bersama Anderson. Dia tampil sebanyak 15(2) kali sementara itu Syawal Nordin, Syazwan Tajuddin dan Osman Yusof merupakan pemain simpanan kepada 2 pemain tersebut.
Liga: 15(2) penampilan
Piala FA: 5
Piala Malaysia: 9
2018
Melalui ketua jurulatih Roman Marcote, Kedah mengekalkan hampir keseluruhan skuad Tan Cheng Hoe. Mereka hanya membawa masuk Alvaro Silva (Center Back) dan Andik Vermansyah (Winger).
Secara langsung Silva adalah pasangan baru Helmi pada musim ini. Kedah merosot apabila terkeluar di pusingan ke-3 Piala FA dan terkandas di peringkat kumpulan Piala Malaysia.
Di liga pula Kedah menurun ke tangga ke-6 berbanding ke-4 pada musim sebelumnya. Bolos Kedah meningkat kepada 36 gol dan jarigannya menurun menjadi 45 gol.
Helmi tampil 16(1) di liga dan 6 kali di pertandingan piala. Daripada 16 penampilan sebagai pemain kesebelasan utama, Helmi keluar sebagai pemenang sebanyak 8 kali dan tewas 5 kali.
Statistik itu merosot pada hujung musim dalam kempen Piala Malaysia.
Liga: 16(1) penampilan
Piala FA: 2
Piala Malaysia: 4
2019
Era Aidil Sharin bermula, jurulatih ini membawa seorang pertahanan tengah dari neagaranya iaitu Shakir Hamzah. Pemain ini datang bersama dengan seorang lagi pertahanan tengah dari Brazil Renan Alves.
Dengan kehadiran 2 pemain import ini maka tiada lagi tempat untuk Helmi berada dalam perancangan utama pasukan.
Aidil hanya sekali memecahkan kombinasi Alves-Shakir ketika bertemu Selangor (1-1). Shakir direhatkan dan Helmi diturunkan.
Bagaimanapun Helmi masih sempat meraih 4(1) perlawanan akibat Alves terlalu banyak mengutip kad. Di liga sahaja pemain berusia 27 itu sudah mengumpul 2 kad merah dan 5 kad kuning.
Dia digantung sebanyak 3 perlawanan disebabkan masalah tersebut.
Di pertandingan piala juga, peluang Helmi hanya muncul apabila Alves dan Shakir digantung perlawanan kerana kad.
Helmi mengumpul 3(2) penampilan mengisi masalah 8 kad kuning yang dihasilkan oleh pertahanan utama.
Liga: 4(2) penampilan
Piala FA: 2(1)
Piala Malaysia: 1(1)
2020
Situasi itu berterusan pada musim 2020, malah kehadiran Irfan Zakaria menutup terus peluang Helmi untuk bermain. Aidil mengekalkan gandingan Alves-Shakir, apabila salah seorang darinya terpaksa diketepikan, jurulatih dari Singapura itu akan memilih Irfan berbanding Helmi.
Irfan boleh bermain di 2 posisi iaitu pertahan sisi dan tengah. Pemain ini lebih mudah digunakan kerana kelebihan tersebut.
Helmi hanya muncul sekali ketika Kedah menewaskan Sabah 3-1 pada 21 September lepas. Dia dimasukan ketika perlawanan hampir tamat.
Liga: 0(1) penampilan
Piala FA: tidak dipertandingkan
Piala Malaysia: 0
RUMUSAN
Hari ini Kedah mengumumkan Helmi Johari tidak dikekalkan. Pemain ini tiada dalam perancangan pasukan.
Melihat kembali statistik penampilan sejak 4 musim lepas, tempat Helmi secara total sudah hilang pada musim ini. Penurunan itu bermula pada 2018 selepas Kedah mula menggunakan dua pertahanan import.
Kemasukan seorang pertahanan tempatan seperti Irfan Zakaria menutup terus peluang Helmi.
Adakah Kedah sekali lagi akan mempertaruhkan 2 pertahanan import di tengah?