Chelsea dilaporkan telah mencapai kesepakatan harga untuk membeli Pedro Neto dari Wolves. Chelsea yang sudah memiliki lambakan skuad dengan pemain yang berkualiti terus melabur untuk menambah kekuatan pasukan mereka.
Pedro Neto sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan keluar, selepas Wolves menyenaraikan namanya dalam bursa perpindahan. Wolves masih perlu menjana pendapatan masuk untuk mengimbangi akaun kelab itu.
Chelsea dan Wolves dikatakan setuju dengan harga £54 juta untuk pemain tersebut dengan bayaran pendahuluan £51.4 juta dan selebihnya dalam bentuk bonus.
Sky Sports melaporkan bahawa pemain itu akan menjalani medikal di London hari ini. Pedro Neto telah menjadi sasaran Spurs sepanjang musim panas ini. Namun Spurs menumpukan perhatian kepada pembelian penyerang utama.
Spurs berjaya mendapatkan Dominic Solanke. Dan kini mereka terlepas peluang mendapatkan Pedro Neto yang menyertai Chelsea.
Neto menikmati musim dengan 3 gol 11 assist musim lalu, walaupun mengalami 2 siri kecederaan hamstring dan 3 bulan berehat. Pemain sayap Portugal itu turut memiliki 10 kaps untuk negaranya Portugal dan bermain di Euro 2024.
Pedro Neto akan bersaing dengan pemain pemain serangan lain termasuk Cole Palmer, Noni Madueke, Mykhailo Mudryk dan Raheem Sterling yang kesemuanya bersaing untuk merebut tempat di posisi serangan sayap.
Pedro Neto – Welcome to Chelsea 💙✨
pic.twitter.com/U9t4l8WNXW— SandiCFC (@COLDPALMERR) August 10, 2024
Chelsea akan menjadi pembelian kesembilan Chelsea pada musim panas ini selepas Kiernan Dewsbury-Hall, Filip Jorgensen, Omari Kellyman, Aaron Anselmino, Renato Veiga, Caleb Wiley, Marc Guiu dan Tosin Adarabioyo.
Ketika ini Chelsea terus aktif memburu pemain di pasaran perpindahan. Mereka sedang berusaha membawa masuk penyerang Atletico Madrid, Samu Omordion dengan nilai sekitar £35 juta. Sementara Conor Gallagher dalam proses untuk pergi ke arah bertentangan dengan nilai £36 juta.
Maresca yang mahu membina skuad dengan DNA Taktikal mirip Guardiola di Man City – berasaskan high pressing dan dominasi bola. Oleh sebab itu Maresca meletakkan Pedro Neto sebagai pemain yang ‘harus dibeli’.
Guardiola dan Mikel Arteta bergantung kepada sistem pemain sayap yang mampu bertindak sebagai playmaker bukannya harap pada laju semata mata. Misalnya Bukayo Saka, Jeremy Doku, Gabriel Martinelli dan Jack Grealish.
Harus diingat, Pedro Neto antara salah seorang penyerang sayap terbaik di EPL musim lalu walaupun dia dilanda kecederaan. Dia membuktikan bahawa jika dia mampu cergas sepanjang musim, dia akan menjadi ancaman terbesar kepada lawannya dari arah sayap.
Pengurus Wolves, Gary O’Neil turut memuji Pedro Neto sebagai pemain yang cerdas dari segi minda taktikal. Pemain tersebut tidak perlu diberikan arahan taktikal yang terlalu banyak, kerana dia tahu apa yang dia akan lakukan di atas padang, berdasarkan situasi dan juga keadaan pasukan.
Neto sudah menunjukkan karakter yang sangat kuat pada usianya 24 tahun dan dijangka akan menjadi pemain elit dalam bola sepak Eropah dalam masa beberapa musim lagi.
Bukan itu sahaja pemain berusia 24 tahun itu antara pemain terbaik dalam aspek 1 lawan 1. Dari segi ratio, hanya Kevin De Bruyne ada purata assist per 90 minit lebih baik daripada Neto.
Selain daripada berupaya bermain di bahagian sayap Neto juga boleh bermain di tengah. Jadi pemain ini akan menjadi pesaing yang hebat untuk pemain pemain Chelsea yang sedia ada. Terutama sekali ketika ramai pemain bintang Chelsea musim lalu berdepan masalah konsistensi, kecuali Cole Palmer.
Adakah anda rasa Pedro Neto akan menjadi pemain penting Enzo Maresca musim ini? Saya tinggalkan dengan statistik ini: