Walaupun semalam aksi Manchester United memang ramai pemain yang lemau, terutama sekali pemain yang diharap menyerlah tetapi gagal, seperti Martial.
Untuk Man United, peluang gol ada, tetapi tak dapat disudahkan. Kemudian mereka juga ada isu dengan teamplay di final third. Nak cakap tak kreatif tu, mereka ada mencipta peluang yang terbaik.
Cuma mereka kadangkala tidak berterusan kekal dengan ‘spark’ pada kreativiti tu.
Fred Cemerlang
Namun aksi Fred bagi aku secara peribadi aku cakap outstanding.
Liverpool menang 2-0 dalam aksi di Anfield semalam. Gol Liverpool menerusi Virgil Van Dijk dan Mohamed Salah.
Jika korang perlu memilih seorang pemain yang tak layak kalah, korang akan saring nama dia dengan De Gea, dan akhirnya korang akan pilih dia.
Fred hadir dengan reputasi pemain box to box. Namun kekurangan kualiti secara defensif di tengah Man United membuatkan Mourinho terus cop pemain ini adalah DM.
Beliau bergelut dengan transisi peranan yang lebih defensif. Namun pemain ini sangat profesional dan terus bekerja keras.
Musim ini antara musim di mana Fred menunjukkan kualiti beliau. Peningkatan yang ketara, terutama sekali ketika United kehilangan pemain penting mereka iaitu Paul Pogba.
Statistik Gila
Dalam aksi berhadapan dengan Liverpool, beliau berlari ke semua bahagian di dalam padang.
Beliau melakukan 4 gelecekan ke arah benteng pertahanan Liverpool, dan 3 daripadanya adalah sukses.
Fred memberikan masalah kepada Liverpool secara teknikal. Namun apabila bercerita tentang bola sepak, maka teknikal sahaja, pastinya tak cukup.
Fred juga melakukan percubaan bahaya yang mencetuskan ancaman kepada Alisson.
Secara defensif pula, beliau terlibat dalam 15 duels, dan memenangi 8 daripadanya.
Fred turut melakukan 4 pintasan dalam perlawanan ini dan 3 bentesan. Cuma kualiti Liverpool di tengah memang sukar untuk beliau kekang sorang-sorang.
Fred turut melakukan 13 recoveries. Ini kalau kau kurang jelas maksudnya, merujuk kepada satu usaha meneutralkan asakan lawan selepas hilang bola. 13 kali dia lakukan, madness.
Sebab tu ada 4 kali juga beliau kena makan dengan dribble pasukan lawan.
Andreas Pereira dan juga Nemanja Matic tidak berada dalam prestasi terbaik mereka. Kekadang nampak macam Fred berjuang bersendirian di tengah padang tu.
96 sentuhan, dengan 83% ketepatan hantaran serta mencipta dua peluang gol. Ianya adalah statistik MOTM jika Man United seri ataupun menang semalam.
Fred vs Liverpool:
96 touches
83% pass accuracy
59 passes completed
— 23 forward passes
13 recoveries
4 interceptions
3 tackles won
3 dribbles completed
2 chances createdHe was our best player today and has consistently been fantastic this season. pic.twitter.com/CuA043hUNJ
— UtdArena (@utdarena) January 19, 2020
Pendekatan Man United pada permulaan perlawanan ini agak hambar. Namun mereka memperbaiki aspek permainan mereka pada separuh masa kedua.
United sebenarnya memiliki banyak momen yang boleh membuatkan Liverpool gigit jari nak dapat 3 mata. Namun sayangnya, penyudah mereka kurang berkesan.
Anthony Martial dan Andreas Pereira ada peluang terbuka, terutama sekali Pereira. Peluang tap in tu.
Apapun, berbalik kepada cerita Fred. Dia memang dah berikan segalanya dalam perlawanan ini. Namun bola sepak adalah perlawanan 11 pemain.
Jika ini permainan individu, beliau akan berada di kalangan top rank player semalam.