Trent Alexander Arnold bukan sahaja pemain bek sisi ofensif / offensive fullback, malah dia sebenarnya seorang progressive right back.
Di sebelah kiri pula Liverpool turut ada seorang lagi progressive left back iaitu Andy Robertson.
Apa itu progressive fullback?
Ianya merujuk kepada bek sisi yang mampu melarikan bola dari zon bawah sehingga ke zon serangan secara progresif. Di mana sepanjang dia berlari ke atas dia akan berinteraksi dengan pemain lain menerusi hantaran dan juga larian tanpa bola.
Mereka akan banyak membuat hantaran progresif, menggerakkan bola ke depan. Permainan mereka sangat versatile dan bervariasi tinggi. Mampu untuk menukar arah bola sejauh ke pelusuk penjuru mana dia nak.
Kalau offensive fullback yang tak cukup progresif, korang bayangkan Wan Bissaka je. Dia lari ke depan kemudian dia sama ada akan buat cross atau terus bagi bola kat pemain berdekatan dengannya tanpa mempelbagaikan posisi dan juga terlibat dalam lebih banyak pertukaran bola.
Untuk fullback yang progresif contohnya seperti Joao Cancelo dan Kyle Walker, selain daripada Trent dan Robbo. Di Chelsea ada Marcos Alonso dan Reece James. Alonso antara fullback yang memiliki larian progresif yang sangat baik – untuk masuk ke dalam kotak penalti dan menerima bola di sana. Walaupun seringkali menjadi liabiliti ketika bertahan.
https://youtu.be/iMTMyN8x6es
Antara progressive fullback yang padu semestinya Daniel Alves, Jordi Alba, Joshua Kimmich, Phillip Lahm, Alphonso Davies, Marcelo dan juga Roberto Carlos. Tu antara contoh.
Baiklah, aktiviti progressive play ini sebenarnya sangat penting dalam sesebuah pasukan yang mahu bermain free flowing football. Itulah sebabnya Arsenal beriya mahu membeli Ben White kerana mereka mahukan seorang pemain yang progresif dari bawah.
'Ben White completed more progressive passes last season (8.57 per 90) than any other #AFC defender' 🎯
Piece by @DAHughes_ on Arsenal's £50m man 👇https://t.co/EKG8i97nv8
— Chris Wheatley (@ChrisWheatley_) September 14, 2021
Trent Alexander Arnold sudah pastinya antara bek sisi terbaik pada generasinya dari segi sistem permainan yang sesuai dengannya bersama dengan Jurgen Klopp.
Otro día con grandes clips de pases largos de Trent Alexander-Arnold pic.twitter.com/YaVn0WuBG7
— Santiago Bucaram López (@santiagobucaram) January 23, 2022
Sebagai perbandingan ada 50 pemain dalam EPL sekarang ini memiliki purata 4 hantaran progresif per perlawanan.
21 orang dengan 5 hantaran progresif per perlawanan.
5 orang lagi dengan 6 hantaran progresif per perlawanan.
Seterusnya ada 2 pemain dengan 7 hantaran progresif per perlawanan.
Tidak ada pemain yang melakukan hantaran progresif secara purata 8, 9 atau 10 hantaran progresif per perlawanan. Kerana ianya dianggap sangat mustahil.
Tetapi jejaka yang gila bernama Trent Alexander Arnold pula mencatatkan 11 hantaran progresif per perlawanan.
Dan Liverpool memiliki pemain yang memiliki purata hantaran progresif per 90 minit (1 perlawanan) yang luar biasa iaitu Trent Alexander Arnold dengan 11 hantaran progresif per 90 minit.
50 Premier League players have 4 progressive passes from open play per 90 minutes.
21 players have 5.
5 players have 6.
2 players have 7.
0 players have 8, 9, or 10.
Trent Alexander-Arnold has 11.
— John Muller (@johnspacemuller) January 25, 2022
Trent Alexander Arnold adalah pemain sistem. Beliau menjadikan sistem Liverpool itu sempurna. Walaupun secara defensif Arnold bukan pemain yang lasak. Sebab itu Liverpool perlukan gegenpressing untuk mengurangkan impak fullback mereka diserang.
Trent Alexander Arnold – January 2022 pic.twitter.com/3gmjQZ7TxB
— ً (@snstrjo) January 23, 2022
Selain daripada seorang yang progresif, dia juga sangat kreatif. Setiap musim namanya berada dalam senarai pencipta assist yang digeruni.
Most assists in the Premier League this season:
🥇 Trent Alexander-Arnold – 10
🥈 Mohamed Salah – 9
🥉 Andrew Robertson – 8 pic.twitter.com/WXgak9ivtT— ESPN UK (@ESPNUK) January 23, 2022
Jadi, pemain yang progresif akan membantu sesebuah pasukan itu bergerak secara sinergi di atas padang.
Trent Alexander Arnold pastinya pakar dalam permainan seperti ini.
Oleh sebab itu Gary Neville menganggap Arnold sebagai David Beckham dan Kevin De Bruyne di fullback.
Neville berkata: “Dia adalah penghantar bola terbaik di bek kanan yang saya pernah saksikan. Dia adalah David Beckham dan Kevin De Brunye di bek kanan.”
What do you get if you put David Beckham or Kevin De Bruyne at right-back?
Trent Alexander-Arnold, according to Gary Neville. pic.twitter.com/R8KZlLOJiX
— Squawka News (@SquawkaNews) September 14, 2021
Gaya permainannya yang progresif ditambah pula dengan kreativiti dan kualiti hantarannya yang luar biasa. Trent sebahagian penting dalam sejarah Liverpool terutama sekali dia adalah anak jati Scosuer.