Analisis Taktikal: Back 4 Liverpool Kekal Tidak Tersusun Tanpa Pemimpin Sejati

Dengan persaingan semakin kuat dan permainan semakin pantas, Jurgen Klopp bergelut menghadapi jadual padat. Situasi semakin buruk apabila pasukannya sedang berada dalam krisis kecederaan pemain.

Liverpool turun pada perlawanan hujung minggu dengan status pasukan yang kalah di Liga Juara. Mereka tewas kepada Atalanta dan pada pertengahan minggu depan mereka tidak mampu menurunkan barisan terkuatnya sekali lagi.

4-3-3 LAWAN 3-4-3

Menentang Brighton mereka menurunkan Roberto Firmino, Diogo Jota, Andy Robertson dan Fabinho dalam formasi kebiasaannya 4-3-3.

Nathaniel Phillips mengambil tempat Joel Matip di pertahanan tengah, Takumi Minamino bermula di bahagian tengah dan Neco Williams di bek kanan. Ia merupakan skuad campuran.

Brighton pula melakukan 2 perubahan dengan menggunakan Joel Veltman dan Aaron Connolly menggantikan Tariq Lamptey yang digantung dan Adam Lallana. Graham Potter sering mengubah formasi dan kali ini menggunakan 3-4-3.

HANTARAN KE BELAKANG PERTAHANAN TENGAH LAWAN

Serangan kedua-dua pasukan berpusat di ruang belakang pertahanan tengah lawan. Pemain serangan akan berlari mengejar bola tersebut.

Brighton akan bertahan dalam shape 3-4-1-2 yang menyaksikan shape bertahan mereka lebih baik dari shape Liverpool.

Dua penyerang Brighton akan bersama 2 pertahanan tengah Liverpool, seorang lagi penyerang mereka akan turun untuk mendekati Georginio Wijnaldum. Yves Bissouma dan Pascal Gross akan mendekati Milner dan Minamino.

Dua wingback Brighton berada akan menutup ruang di sisi dan pertahanan bertiga mereka akan menangani trio serangan Liverpool. Shape bertahan Brighton berada dalam situasi 1 vs 1 di semua tempat.

Kelemahan sistem bertahan Brighton boleh berlaku jika Firmino drop deep dan Brighton tidak mempunyai lebihan pemain untuk mengikut pergerakan Firmino. Salah seorang dari pertahahan bertiga mereka boleh ditarik ke bawah.

Situasi itu akan membuka ruang di kotak penalti Brighton terutamanya jika Milner atau Minamino dapat melepaskan diri untuk berada disitu.

Lihat bagaimana Firmino cuba menarik Lewis Dunk  untuk membuka ruang kepada Jota melakukan serangan.

Firmino melakukan set up gol pertama Liverpool apabila dia turun ke tengah padang tetapi Adam Webster enggan mengikutnya, mengawal hataran panjang yang diterima dari Alisson Becker kepadanya dilambungkan kepada Mohamed Salah untuk disudahkan.

Bagaimanapun jaringan tersebut dibatalkan kerana offside.

MERAMAIKAN PEMAIN DALAM PERTARUNGAN

Brighton menangani tekanan yang dilakukan Liverpool dengan meletakkan lawan berada dalam situasi kerkurangan pemain (outnumbering them) di kawasan pertahanannya.

Dua pemain wingback dan dua pemain tengah akan turun menangani serangan dari trio Liverpool supaya mereka tidak mempunyai pilihan yang banyak melakukan hantaran.

Lihat Brighton menangani tekanan Liverpool dan Neco Williams perlu naik untuk menutup menghalang Solly March.

Brighton berusaha keras untuk mencipta peluang seperti itu. Mereka mengawal hantaran jauh melalui udara untuk terus bermain di garisan pertahanan Liverpool.

Robertson dan Williams akan keluar dengan cepat untuk menangani hantaran tersebut. Pemain Brighton jarang mempunyai masa yang cukup untuk melakukan hantaran kepada penyerang yang berlari dari belakang.

Brighton berjaya melakukan banyak kali,  memperdayakan lawan apabila dengan pantas melakukan hantaran ke belakang pertahanan tengah Liverpool untuk dikejar oleh penyerang mereka.

PETAHANAN TIDAK TERSUSUN

Barisan pertahanan Liverpool kurang tersusun. Fabinho dan Phillips tidak mempunyai kepantasan. Gandingan ini tidak sesuai berada di garisan tinggi bagaimanapun mereka mempunyai cara tersendiri menangani ancaman.

Fabinho akan berusaha to hold the line dan Phillips berusaha turun bersaing kepantasan dengan penyerang Brighton.

Situasi itu membolehkan Brighton melakukan larian di belakang Fabinho dalam keadaan tidak offside. Ia jelas menunjukkan Fabinho adalah pemain defensive midfielder dan tidak mampu berfungsi sebagai center back.

Keadaan tersebut melihat Fabinho terpaksa memusingkan badannya sehingga 180 darjah. Alisson terpaksa lebih kerap keluar untuk menghentikan serangan lawan.

Fabinho mempunyai masalah sendiri sementara itu Phillips bukan pemain tepat untuk membimbing Williams melalui permainan. Williams tidak mempunyai keyakinan diri dan memerlukan masa untuk bermain di peringkat tertinggi.

Williams melalukan clumssy challange untuk menghadiah penalti kepada lawan. Kesilapan akan menjadi pengalaman untuk dirinya.

Williams dikeluarkan pada separuh masa kedua dengan Klopp memasukan Jordan Henderson. Milner ditolak ke pertahanan kanan seperti ketika menentang Atalanta.

JARINGAN HADIR BUKAN DARI CORAK PERMAINAN JELAS

Brighton juga melakukan perubahan dalam permainan. Mereka lebih kerap turun kebawah berbanding melakukan pressing. Brighton membentuk 3-5-1-1 dengan Leandro Trossard menggantikan Maupay akibat kecederaan.

Trossard berfungsi di bahagian tengah, Connolly dan Welbeck menjadi penyerang Brighton.

Liverpool mendahului perlawanan bukan kerana mereka mempunyai corak permainan yang jelas.

Ia hanya situasi memberi bola kepada Jota dan pemain Portugis itu mengambil sedikit masa menghidari cabaran Trossard dan Websters sebelum melakukan rembatan.

Brighton akhirnya berjaya menyamakan kedudukan dengan keadaan sama seperti Liverpool. Liverpool bergantung kepada kecemerlangan Jota, sementara itu Brighton meraih penalti.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan