Analisis Taktikal: Bagaimana Liverpool Menewaskan Leicester City Dengan Mudah Tanpa XII Terbaiknya

Liga Perdana kembali dari rehat antarabangsa dengan menampilkan 2 pasukan teratas diantara Liverpool dan Leicester City.

Liverpool melalui krisis kecederaan dengan kehilangan Virgil Van Dijk, Trent Alexander-Arnold, Joe Gomez, Jordan Henderson, Alex Oxlade-Chmaberlain, Thiago Alcantara dan Xherdan Shaqiri.

Mohamed Salah terpaksa diketepikan kerana positif Covid-19.

Namun kebimbangan di barisan pertahanan sedikit reda apabila Andy Robertson dan Fabinho sempat pulih sebelum perlawanan.

Trio tengah Liverpool dijana oleh Naby Kieta, Curtis Jones dan Georginio Wijnaldum melalui susunan 4-3-3.

Leicester juga bergelut dengan krisis kecederaan. Ricardo Pereira, Caglar Soyuncu, Wilfred Ndidi dan Timothy Castagne berada dalam senarai kecederaan. Brendan Rodger menggunakan formasi 3-4-3.

Pada kebiasaannya Leicester bertukar shape menjadi 5-4-1 apabila ditekan oleh Liverpool. Pada awal permainanan James Maddison akan naik keatas untuk bersama Jamie Vardy menekan pihak lawan.

Ia meninggalkan ruang yang luas kepada Robertson untuk menyerang dari bahagian bawah tetapi Liverpool kurang memanfaatkan keadaan tersebut.

Sejak beberapa musim kebelakangan ini Liverpool bergantung sepenuhnya kretiviti Alexander-Arnold dan Robertson. Robertson baru pulih dari kecederaan hamstring.

Kali ini Liverpool lebih fokus membina serangan dari kawasan tengah.

Jones dan Kieta akan turun sebaris dengan Wijnaldum, jika Leicester bergerak dari sayap salah seorang pemain tengah Liverpool akan bergerak ke sisi bagi memastikan lawan kekurangan pemain untuk beradu.

Sadio Mane, Roberto Firmino dan Diogo Jota akan segera turun ke bawah, bersedia untuk menerima bola jika pertarungan dibahagian bawah dimenangi oleh Liverpool.

Jones dan Kieta akan bergabung dengan mereka.

Situasi itu menyebabkan Youri Tilemens dan Nampalys Mendy kekurangan rakan pemain di kawasan tengah, menyebabkan mereka tidak dapat melepasi Wijnaldum yang tidak memberi ruang.

Fluidity bola digarisan atas dari Liverpool cukup untuk garisan pertahanan Leicester menghadapi masalah. Seorang dari pertahanan Leicester pasti tewas akibat pemain Liverpool cepat meramaikan pemainnya dan membentuk situasi 2 vs 1.

Liverpool banyak meraih keseronokan bermain akibat tindakan Wesley Fofana agak agresif.

Mengumpannya supaya naik tinggi dari garisan pertahanan kemudian berlari menjauhkan diri darinya dan menewaskannya dengan larian ke dalam kotak penalti.

Kombinasi Jones dan Keita juga baik. Dua pemain ini dapat memintas hantaran diantara pemain tengah Leicester. Kombinasi dengan unit penyerang juga baik.

Mane menjalankan peranan baik seperti biasa dengan turun dan berlari semula ke atas. Firmino pula menampilkan prestasi terbaiknya dengan hanya tidak drop deep sahaja.

JOTA SUKAR DIJEJAK (TRACKING)

Pemain ini kekal di garisan serangan dan membuli pertahanan lawan. Jota melakukan larian diagonal yang membuatkan pertahanan lawan sukar melakukan tracking.

*Jones melakukan hantaran pemula ke garisan atas untuk mereka lakukan kombisani serangan

Larian Jota memberikan gol ke-2 untuk Liverpool, dia menarik Christian Funchs ke atas dan kemudiaannya berlari di belakangkannya. 3 pertahanan Leicester sudah terikat dengan 3 pemain Liverpool.

Jota tidak dijaga dan berlari dengan bebas sebelum melakukan tandukan hasil hantaran Robertson. Robertson jelas melihat Jota dan melakukan hantaran lintang untuknya.

*Pertahanan Leicester tidak mampu mencari pemain bebas jadi jagaan dan akhirnya melakukan hataran sia-sia

Liverpool memanfaatkan ruang di sebelah kiri, mengalih bola kepada Robertson untuk melakukan hantaran lintang.

Naby Kieta naik keatas untuk memastikan semua center back Leicester mempunyai seorang pemain untuk dijaga oleh mereka.

Fofana menjaga Keita, Evan menjaga Mane dan Funch menjaga Firmino. Mane bergerak kedepan sambil diikut oleh Evan yang akhirnya membukan ruang besar kepada Jota.

LEICESTER CITY BUNTU DENGAN NUMBERING BATTLE

Leicester tidak membantu dirinya sendiri apabila cepat memberi bola kepada Liverpool melalui hantaran panjang yang sia-sia.

Ideanya mungkin untuk memberi tekanan kepada garisan belakang Liverpool kerana mereka memaksa Marc Albrighton dan James Justin naik keatas bagi mewujudkan situasi 5 vs 4.

Mereka tidak boleh bermain hantaran di garisan belakang kerana sudah kurang pemain.

Leicester sukar mencari pemain tengah yang bebas dari kawalan lawan. Mereka terlalu banyak memghabiskan masa bersama bola tanpa melakukan hantaran.

Jones dan Kieta mengunci kedudukan Tielemans dan Mendy. Leicester tiada pilihan dan melakukan hantaran panjang yang mudah ditangani oleh Liverpool.

Sekiranya Albrighton dan Justin turun sedikit kedalam, Leicester mungkin mempunyai pilihan untuk melakukan hantaran melepasi pemain tengah Liverpool.

Keadaan tersebut memberi bencana besar kepada Leicester jika Liverpool terus melambungkan bola kedepan ketika Justin dan 5 pemainnya berada tinggi di atas.

Rodgers melakukan perubahan taktikal pada pertengahan separuh masa ke-2 dengan memasukan Cengiz Under dan Dennis Praet bagi menggantikan Fuch dan Barnes.

MADDISON MUDAH DITANGANI OLEH LIVERPOOL

Mereka beralih ke formasi 4-2-3-1. Maddison bermain di tengah dimana dia mempunyai kemampuan menerima bola dari kawasan tersebut.

Namun Liverpool berjaya menangangi pemain ini dengan melakukan tekanan padat sebelum dia sempat melakukan hantaran akhir kepada Vardy.

*Maddison menerima bola diantara pemain tengah dan pertahanan Liverpool, tetapi ditewaskan sebelum mampu melakukan apa-apa

Firmino pula sering kekal diatas akhirnya berjaya menjaringkan gol melalui tandukan.

Ini menjadi satu kemenangan istimewa buat Liverpool bukan hanya sekadar mereka pasukan juara bertahan. Ia bagaimana cara Liverpool melakukannya.

Mereka lebih berpusat di bahagian tengah untuk membina serangan. Bukan melalui bahagian sisi yang melakukan hantaran ke dalam kotak penalti lawan seperti kebiasaan.