Analisis Taktikal: Bagaimana Set-Up 5-3-1 Arteta Dengan Zonal Marking

Mikel Arteta terpaksa mengubah gampelan beliau selepas Granit Xhaka dibuang padang. Daripada bermain untuk menang, Arteta terpaksa akur untuk menukar sistem kepada bermain untuk seri dan bertahan seberapa dalam yang mungkin.

Pada masa yang sama cuba menyerang balas Liverpool dengan kelajuan dan kelicikan Martinelli dan Saka.

Sayang sekali, Saka terlepas peluang untuk menambah derita Liverpool di Anfield dalam aksi yang didominasi tuan rumah.

Sebelum ini Liverpool pernah berdepan kesukaran berdepan dengan Atletico Madrid. Namun sebaik sahaja Griezmann terkena kad merah. Liverpool mengambil kesempatan untuk melukakan lawan mereka dengan extra man.

Extra man dan enforcer system Jurgen Klopp

Sebenarnya Klopp memang sukakan sistem extra man di dalam zon pertahanan lawan. Apabila Arsenal berdepan dengan 11 pemain Liverpool, Arteta sudah sedia untuk memastikan bahawa mereka bukan bermain secara 1 v 1 ataupun man to man marking.

Kunci utama adalah zonal marking dalam chain of 5 berdepan dengan Liverpool.

Klopp biasanya menghantar seorang bek tengah ke atas iaitu Joel Matip ataupun Jordan Henderson untuk menjadi enforcer yang lebih aktif apabila berdepan dengan 10 pemain lawan.

Dalam aksi berdepan Arsenal, anda boleh melihat bagaimana Matip diberikan kebebasan untuk dribble sampai ke final third.

Itu adalah salah satu kekuatan rahsia Liverpool yang sebenarnya penyokong Liverpool sendiri pun tak tahu sebenarnya. Ancaman daripada Matip secara progresif sangat bahaya.

Matip akan membuka ruang kepada Trent Alexander Arnold di tepinya.

Korang boleh saksikan di sini pattern permainan Matip selaku extra man CB.

Baiklah, adalah tidak masuk akal untuk memberitahu pemain untuk marking Matip atau Henderson bukan? Kerana Liverpool bermain dengan sistem fluid yang boleh membunuh lawan mereka dengan space di belakang.

Lalu fokus Arsenal adalah bertahan dengan cara mereka sendiri.

Sistem pertahanan Arsenal yang tak terlalu agresif

Tak terlalu agresif di sini bukan bermaksud mereka membiarkan lawan mereka bergerak. Tetapi tidak terlalu cepat melakukan bentesan ataupun melayangkan badan untuk memenangi bola.

Mereka menutup passing lane antara pemain pemain Liverpool terutama sekali Roberto Firmino.

Cuba mengurangkan foul semaksimum yang mungkin. Sebab itu Arsenal tanpa Xhaka sangat berbeza. Xhaka seorang pemain yang kerap hilang akal dan terus melakukan terjahan.

Disiplin adalah kunci. Cuma melakukan aksi pertahanan / defensive action pada masa yang tepat. Statistik Ben White sangat mengujakan. Dia melakukan 3 hadangan dalam perlawana ini. Jika dia tidak ada timing yang bagus dan naluri yang baik, tidak mungkin dia dapat melakukannya.

Seterusnya mereka mengarahkan Martinelli dan Bukayo Saka menjadi defensive winger. Kerajinan dua pemain tersebut turun untuk track back membuatkan sistem chain of 5 mereka ada perlidungan di wide area.

Walaupun Liverpool bukan pasukan dengan target man, namun statistik assist daripada hantaran lintang Robertson dan Trent sangat dahsyat.

Jadi wingback akan fokus kepada ancaman dua winger manakala winger Arsenal pula fokus kepada ancaman fullback Liverpool.

Isu serangan Liverpool

Liverpool menunjukkan bahawa selain daripada isu serangan yang tumpul mereka juga ada isu dengan tengah yang tidak dinamik seperti biasa.

Liverpool beberapa kali hilang bola terlalu mudah di tengah dan kemudian diserang balas oleh Arsenal.

Kemasukan Curtis Jones lebih kepada tambahan kepada unit serangan untuk menjadikan mereka unit attacking 4.

Di barisan seranga, Liverpool menukar Jota ke posisi lemah untuk membolehkan Minamino beraksi di kiri dan Firmino sebagai false 9.

Sebenarnya, Jota pernah bermain di wing tetapi dia lebih efektif di wing kiri.

Ianya bulan yang panjang untuk Liverpool jika mereka gagal membentuk second string attacking line yang  bagus sementara kehilangan Mo Salah dan Mane.

Impak kehilangan dua pemain itu sangat besar. Secara tak langsung anda menarik penjaring 30-40 gol semusim [Mane+Salah] keluar dari pasukan.

Klopp pastinya yakin Liverpool boleh ‘hidup’ untuk sementara ini. Kerana Jota pun dalam prestasi terbaik musim ini.

Jadi segalanya bergantung kepada pemain mana yang benar benar menggunakan kesempatan yang ada untuk menonjolkan diri mereka.

Rumusan

Ianya aksi yang sangat berdisiplin dari Arsenal dengan 10 pemain. Mereka tahu mereka kena buat satu misi iaitu menghalang Liverpool skor kerana mereka masih ada 90 minit di Emirates selepas ini.

Agak ironi kerana mereka dihukum bermain 10 pemain kerana masalah disiplin Xhaka ketika bertahan sekali lagi. Namun pemain pemain Arsenal yang ada ini benar benar berjiwa fighter.

Liverpool hanya mendapat on target pertama mereka pada minit ke-91 masa kecederaan.

Arteta menyediakan plan B yang berkesan. Macam tau tau je Xhaka akan buat hal.

Berbeza dengan aksi berdepan dengan Forest sebelum ini di mana ramai pemai leka dan tak berdisiplin dalam fasa bertahan dan build up.

Namun pada masa yang sama, ini juga membuatkan Arteta mungkin harus memikirkan seorang DM yang benar benar berdisiplin selepas Xhaka membuktikan dia selalu menjadi liabiliti pasukan terutama sekali dalam big game.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan