Alisson melakukan dua kesilapan yang mungkin tidak dijangka. Namun sebenarnya ada perkara yang City lakukan membuatkan kelemahan itu terdedah.

Liverpool kalah 1-4 dalam aksi  yang dihiasi dengan 3 defensive errors. Dua daripadanya adalah Alisson dan kedua duanya dihukum.

1. Struktur Liverpool di belakang

Sebelum ini tidak ada pasukan yang benar benar high pressing untuk 90 minit berdepan dengan Liverpool ketika mereka menggunakan Fabinho dan Henderson di bek tengah ataupun sesiapa sahaja selain daripada Van Dijk, Gomez mahupun Matip.

Apa yang berlaku, Liverpool cuba memastikan lawan mereka tidak berada lama di kawasan mereka ataupun akses terlalu cepat ke pertahanan.

Liverpool melakukan gegenpressing untuk mengurangkan aksi di belakang.

Oleh itu, sistem Klopp membantu untuk mengelakkan bahagian tersebut terdedah. Walaupun mereka kalah dalam beberapa perlawanan, ianya lebih kepada ketumpulan barisan hadapan.

Tetapi pada kali ini, mereka tumpul di depan dan juga pertahanan rapuh ketika build up.

Alisson dilihat tidak mendapat platform yang dia kehendaki ketika build up. Mungkin ada rasa kurang yakin dengan struktur belakang tersebut.

Kesannya, City menekan dan mendapat bola yang memaksa Alisson melakukan kesilapan tidak bertamadun seperti itu.

Ini adalah struktur untuk gol ketiga City.  Sebenarnya struktur tekanan yang sama ketika gol kedua.

Di mana Alisson cuba menghantar kepada Arnold. Dia tidak dapat melihat opsyen lain yang kat bulatan satu lagi. Pemain lain pula semuanya sudah ditekan.\

2. Separuh masa kedua Liverpool ‘tak dapat game’

Turning point terbesar game ini adalah pendekatan dan kualiti Man City pada separuh masa kedua.

Mereka mengurangkan pemilikan bola oleh Liverpool. Membuatkan Liverpool banyak bertahan di kawasan sendiri.

Pada separuh masa pertama City awalnya menguasai, namun Liverpool meningkatkan penguasaan dan memiliki kelebihan sedikit dari segi penguasaan bola.

Seterusnya, Liverpool kurang fluid pada separuh masa kedua. Mereka tidak ada idea untuk memecahkan pertahanan Man City yang dalam form terbaik.

Dalam wawancara  selepas  tamat perlawanan Pep sendiri mengakui mereka mengubah formasi dan sistem  permainan pada separuh masa kedua.

City bermain dengan sistem 4-4-2 dengan menolak Bernardo Silva menjadi penyerang kedua di sebelah Foden.

3. Prestasi Sterling dan Foden

Selain daripada Gundogan,  dua lagi pemain yang memainkan peranan penting dalam kemenangan City ialah Raheem Sterling dan Phil Foden.

Sterling berterusan memberikan ancaman dari sebelah Trent Alexander Arnold.

Sementara City yang beraksi dengan strikerless formation menjadikan Foden sebagai false 9.

Foden banyak menggerakkan bola dan menghadirkan ancaman. Beliau juga menekan garisan paling bawah Liverpool dengan sebaiknya.

Ini adalah laporan arah dominan serangan Man City. Di mana mereka melakukan 51% aksi di sebelah Sterling.

Sistem ini ibarat serampang dua mata. Selain daripada menekan Arnold di belakang, ia juga menghalang bek sisi itu naik ke atas lebih kerap kerana beliau boleh menjadi sumber bola kepada penyerang Liverpool.

Arnold dan Robbo menjadi ancaman kepada Man City dari belakang.

Jordan Henderson sangat bagus dalam menghantar bola ke hadapan pergi kepada Robertson mahupun Arnold.

Lalu Pep Guardiola mengubah pendekatan dengan mengarahkan dua wingernya untuk turun ke bawah sedikit untuk merantai Arnold dan Robbo.

Ini akan membolehkan dua bek sisi City fokus sepenuhnya kepada Sadio Mane dan Mohamed Salah.

Rumusan

Boleh dikatakan Liverpool memang menunggu masa untuk diratah seperti ini dengan menggunakan dua pertahanan tengah yang bukan pure CB.

Namun kekalahan mereka sebelum ini tidak begitu  dikaitkan dengan kelemahan struktur pertahanan kerana mereka berjaya  gegenpressing dan memiliki bola sangat tinggi.

Orang lebih nampak kelemahan serangan berbanding dengan pertahanan.

Klopp tahu apa yang dia buat memang berisiko cuma tunggu hari je kena tunjal atas padang. Dan sememangnya Man City mempunyai segala pakej dan potensi itu untuk membogelkan segala kelemahan struktur belakang ketika build up.

Beza Liverpool dengan City juga pada disiplin pemain. Pemain City lebih berdisiplin manakala Liverpool pula mengulangi beberapa kesilapan.

Manchester City kini sedang berlari menuju kejuaraan.