Analisis Taktikal: Eksperimentasi ‘False 9’ Arteta Gagal

Mikel Arteta sebenarnya membuat eksperimen pada perlawanan yang tak sepatutnya. Di mana dalam aksi menentang Villareal, beliau bermain dengan sistem False 9 dan mengharapkan keajaiban dari Emile Smite Rowe di bahagian spear of the attack mereka.

Mungkin melihat City sebelum ini, di mana mentor beliau memakai De Bruyne sebagai false 9? Maka Arteta dengan beraninya mengambil pendekatan yang sama.

False 9 Arsenal tak cantik

Statistik Smith Rowe sebagai false 9 sangat menyedihkan, tiada langsung percubaan ke arah gol. Ketiadaan Lacazette jelas bukan perkara yang mudah untuk Arsenal ketika ini.

Kenapa Arteta tidak menurunkan pemain itu di peranan wide attack ataupun number 10 kerana di simpanan ada Aubameyang. Mungkin kerana Arteta merasakan Auba off form ataupun kerana dia baru pulih dari malaria, Arsenal masih ada Nketiah dan Martinelli yang lebih natural finisher berbanding Smith Rowe.

Ini kedudukan penyerang penyerang Arsenal dalam permainan ini. Dengan Smith Rowe kerap bertukar posisi dengan Pepe.

Namun tidak ada animasi dan visual yang jelas ditunjukkan penyerang penyerang Arsenal dengan sistem ini. Ditambah dengan bahagian tengah mereka, di mana Ceballos tidak bermain baik secara unit.

Arteta menyatakan beliau tidak memilih Aubameyang kerana yakin dengan sistem yang mereka sudah rancang. Namun sistem tersebut dikatakan beliau agak sukar dilaksanakan kerana mereka membenarkan lawan skor terlalu awal.

Pengurusan pasukan Arteta

Satu lagi perkara yang Arteta dilihat tidak melakukan dengan baik adalah dengan terus mengekalkan Dani Ceballos yang sudah mengutip kad kuning dan dia berterusan menunjukkan dia dalam keadaan tertekan.

Arteta menyatakan pada separuh masa beliau sudah mengingatkan Dani Ceballos meminta pemain itu mengelak daripada kad kuning kedua.

Arteta berkata: “Saya dah pesan kat dia, dia sudah ada kad, jangan buat faul. Kita memang nak keluarkan dia, dan masukkan Gabi [Martinelli], tetapi dia mendapat kad merah terlebih dahulu sebelum sempat kita menukar pemain.”

Pada separuh masa kedua, Arsenal bermain lebih baik dengan 10 pemain. Kemasukkan Martinelli memberikan impak lebih baik.

Seterusnya dari segi presing, Arsenal lebih baik pada separuh masa kedua. Walaupun dari segi penyudah mereka terus tumpul. Mujur mereka mendapat penalti dan disempurnakan oleh Pepe.

Arteta menyatakan bahawa pasukan mereka musim ini ada isu terlalu bergantung kepada Saka. Dan Arteta mahu perkara itu diubah. Mungkin ada benarnya. Kerana Saka musim ini boleh dikatakan pemain terbaik Arsenal.

Kemasukan Aubameyang diharap dapat memberikan impak di depan gol. Pemain itu hampir menjaringkan gol tetapi gagal menyempurnakan peluang keemasan.

Unai Emery kenal pemain Arsenal

Unai Emery mempersiapkan pasukannya lebih baik. Di mana mereka bermain high press. Dalam beberapa situasi mereka berjaya merebut bola terus ketika Arsenal cuba melakukan build up.

Serangan Villareal banyak dari sebelah kanan. Ataupun sebelah Granit Xhaka yang bermain di left back. Xhaka beberapa kali cuba membantu bahagian tengah dan dia berdepan dengan masalah diserang dari tepi oleh Samuel Chukwueze.

Seterusnya pendekatan Villareal yang meletakkan situasi dengan ramai pemain di zon serangan agak menarik juga. Kerana pemain pemain Arsenal bermasalah dengan zonal marking dan kerapkali memberikan ruang besar.

Beberapa pergerakan pemain Villareal ini nampak terlalu mudah untuk mereka gerakkan. Sememangnya ia menunjukkan Emery memberikan informasi seberapa banyak mungkin.

Disiplin Arsenal

Unai Emery mendapat manfaat daripada disiplin pertahanan Arsenal yang kurang. Lihat sahaja gol kedua oleh Albiol. Ramai pemain ball watching ketika Moreno menyambut bola dan flick kepada Albiol.

Banyak kali pemain Villareal tidak dikenakan marking oleh pemain pemain Arsenal. Selepas itu, kad merah oleh Dani Ceballos juga termasuk dalam isu disiplin Arsenal kali ini.

Sebagai konteks, Arsenal kini memiliki purata seorang pemain dibuang padang dalam setiap 8 perlawanan.

Rumusan

Eksperimen Arteta menggunakan Emile Smith Rowe sebagai false 9 gagal sama sekali. Dari segi build up di belakang mereka tidak terlalu teruk, cuma di atas tiada produk akhir dengan sistem serangan false 9.

Barisan pertahanan Villareal tidak berdepan banyak masalah dengan sistem ini pada separuh masa pertama.

Sudah tentunya Arteta mengharapkan Lacazette cergas dan Aubameyang juga boleh beraksi dalam aksi kedua nanti.

Seterusnya isu disiplin dan keampuhan bertahan juga harus digariskan oleh Arteta.

Arteta menyatakan selepas perlawanan: “Kami memang bukan datang untuk kalah. Namun dengan mengambil kira kami bolos awal dan pemain dibuang padang, 2-1 adalah keputusan terbaik yang kami berjaya capai.”

Baca yang lain