Liverpool dan Man City beraksi dalam aksi penuh sukar antara kedua dua pasukan.
Dengan kedua duanya memiliki fasa terbaik dalam perlawanan ini.
Ini adalah pertarungan terakhir Jurgen Klopp dan Pep Guardiola dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Kerana selepas ini Klopp akan meninggalkan Liverpool.
Set up!
Liverpool pada dasarnya bermain dengan 4-3-3 namun mereka dominan dengan shape 4-1-4-1 dengan Endo menjadi pivot tunggal di tengah menolak 3 pemain bergerak ke belakang serangan bertiga.
Man City pula bermain dengan 3-2-4-1 dan aktif menolak Rodri ke atas untuk membentuk 4-1-2-3 dengan Stones menjadi bek tengah dan pada fasa tertentu dia akan progresif di tengah macam peranan dia musim lalu.
‘
Kejutan dari City
Man City menghasilkan gol padang latihan dalam perlawanan ini. Ianya benar benar penuh dengan koordinasi yang dirancang.
Di mana Nathan Ake menjadi sasaran untuk passing lain, dan kemudian dia menolak Mac Allister ke belakang untuk membuka passing lane itu.
Stones berada di belakangnya dan dengan kemas merembat masuk bola. Reaksi pemain pemain City memberitahu segalanya.
Manchester City memberikan ruang di antara garisan
Between the line atau zon 14 adalah zon penting yang harus dijaga. Dan City memberikan ruang besar itu kepada Elliot, Szoboszlai dan Mac Allister beroperasi di hadapan Stone dan Akanji.
Kurangnya perlindungan di tengah apabila Liverpool memenuhkan zon itu.
Denga Kevin De Bruyne kurang disiplin bertahan dalam perlawanan ini. Ianya adalah sebab utama Pep mengeluarkan De Bruyne dan memasukkan Kovacic untuk lebih keseimbangan di tengah.
Walaupun pemain Belgium itu kurang setuju. Namun Pep menyatakan bahawa mereka terlalu banyak hilang bola di tengah dan dia perlukan seorang yang boleh holding di tengah.
Ini adalah situasi di mana Liverpool menguasai bahagian zon padat zon 14 itu. Fleksibiliti pada Mac Allister dan Elliot sangat penting dalam memastikan sistem ini beroperasi.
Lihat beza positioning Elliot dengan Diaz. Di mana Elliot aktif di half space dan Diaz aktif di wide area.
\
Peranan Elliot benar benar penting dalam perlawanan ini kerana dia mengubah dan memperbaiki sistem dengan naluri taktikalnya. Gerakan ini ofsaid, namun kita cerita struktur bagaimana Elliot dan Mac Allister menjadi extra man di zon antara garisan itu.
Dan Klopp sentiasa berani melakukannya berdepan Guardiola sama seperti biasa. Rodri selalu bersendirian kerana KDB dan Silva sangat ofensif.
Seterusnya setiap kali Walker mahu membantu di tengah, dia akan terlepas Diaz yang sentiasa stay wide untuk menerima bola.
Luis Diaz benar benar ancaman utama Man City di bahagian sayap. Namun sayangnya dia tidak cukup tajam di fasa penyudah.
Pep Guardiola sedar bahawa dia harus menekankan aspek kestabilan kerana mereka tidak boleh terlalu ofensif pada separuh masa kedua.
Kedua dua pasukan sentiasa ada cara sampai ke final third
Sistem taktikal Klopp dan Guardiola membuatkan kedua dua pasukan sentiasa ada cara untuk sampai ke depan gawang lawan mereka walaupun kedua duanya berdepan high pressing.
Perlawanan ini sangat seimbang walaupun akhirnya Liverpool lebih banyak ancaman.
Lihat 2 statistik utama ini, anda akan dapati kedua duanya sangat tight contest kata orang putih.
Pertukaran Klopp
Klopp seringkali membuat pertukaran berimpak tinggi. Mungkin kali ini percaturan Klopp yang agak silap di sini. Kerana dia menarik keluar Nunez yang menjadi ancaman besar City dari segi positioning.
Nunez memberikan ancaman dari segi early pressing dan juga ancaman secara fizikal. Kemasukan Cody Gakpo tidak banyak memberikan impak dari segi larian awal dan sebagainya.
Seterusnya Klopp kali ini bermain risiko dengan memasukkan Mo Salah yang masih half fit. Difahami kemasukan Salah ini memang atas dasar sentimental Klopp untuk aksi terakhir menentang Guardiola di Anfield.
Rumusan
Ia keputusan yang adil untuk seri bagi kedua dua pasukan kerana kedua duanya mencipta peluang yang cukup dalam perlawanan ini.
Ianya perlawanan yang sangat sengit dan pemain pemain muda Klopp seperti Quansah, Harvey Elliot dan Conor Bradley tidak mengecewakan.