Analisis Taktikal: Klopp Guna High Pressing Ini Untuk Kejutkan Brendan Rodgers

Kita sebenarnya biasa melihat sistem pertahanan Liverpool akan berasaskan 4-1-4-1.

Namun sebelum mereka bertahan dengan turun ke belakang untuk membentuk formasi 4-1-4-1 itu mereka akan mengenakan gegenpressing / counterpressing terlebih dahulu.

Ketika melakukan high pressing Liverpool akan sistem yang menekan ruang berbanding dalam formasi.

Biasanya pemain akan bergerak secara mereka ataupun tidak dalam satu posisi yang khas.

Tetapi semalam dalam aksi menentang Leicester City, Liverpool telah menggunakan satu sistem counter Pressing yang berasaskan formasi.

Ia sangat berbeza dengan apa yang kerap dilakukan sebelum ini di mana pemain akan cuba melakukan high pressing secara bebas.

Liverpool menggunakan formasi 4-3-2-1 yang jelas ketika high pressing. Dan mereka masih mengekalkan sistem yang sama ketika drop deeper.

Bagi saya sistem ini mengejutkan Brendan Rodgers. Klopp tahu Rodgers sangat kenal dengan Liverpool dan tahu keupayaan ramai pemain di dalam pasukan The Reds.

Selain itu Brendan seorang yang sangat teliti dalam persiapan taktikal.

Pada separuh masa pertama Leicester expect Liverpool bermain dengan sistem bebas ketika high pressing.

Namun Liverpool membentuk untuk formasi dan menolak Leicester ke wide area. Liverpool nak occupy bahagian tengah.

Lihat di sini bagaimana Leicester kehilangan connection di tengah dan cuma ada di wide area.

Idea Brendan Rodgers adalah meletakkan James Maddison dan Vardy untuk sentiasa berada di zon 14 dan di bahu Van Dijk kerana mereka yakin akan dapat melepasi high Pressing Liverpool yang bebas itu.

Di mana mereka akan menebuk central area menggunakan Ndidi dan juga Tielmans.

Tetapi apa yang berlaku Liverpool menggunakan sistem high Pressing yang lain.

Dalam erti kata lain Leicester bermain dengan sistem yang mereka rancang akan dapat menyakitkan Liverpool kerana mereka expect Sistem yang biasa digunakan Liverpool. Namun Liverpool tak bermain dalam sistem itu.

Ia membuatkan Leicester menjadi tactical error.

Pada separuh masa kedua Rodgers ni memang seorang tactician yang bagus.

Beliau mulai menambah unit pemain bahagian tengah supaya mereka dapat akses di kawasan itu dan terhubung dengan James Maddison.

Sistem ini lebih baik dan mereka mulai melakukan ancaman kepada Liverpool.

Tetapi masalah utama mereka ialah prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pertahanan berempat Liverpool dalam mengekang aksi terakhir mereka di zon serangan.

Joe Gomez dan Van Dijk banyak mematikan ancaman di dalam kotak penalti. Robbo dan Trent banyak melakukan track back yang mematikan gerakan lawan.

Kesannya Leicester menderita dengan kegagalan melakukan sebarang percubaan tepat.

Leicester memiliki beberapa pemain yang boleh menentukan nasib pasukan mereka secara berseorangan seperti Jamie Vardy dan James Maddison.

Ben Chilwell teruk hanyut dan diseconnected di wide area.

Kasper Schmeichel dalam kenyataan media beliau mengatakan bahawa mereka dalam proses untuk bangkit tapi dibunuh oleh kedua penalti James Milner.

Saya setuju dengan kenyataan itu. Cuma tak setuju dia kata keputusan pengadil mulakan penalti kontroversi itu sebagai punca mereka tidak dapat bangkit.

Ini kerana sepanjang malam mereka tidak dapat untuk mengatasi struktur Liverpool ketika bertahan sama ada ketika high pressing dan juga ketika drop deep.

Rumusan

Klopp telah memilih pendekatan yang tepat dalam berhadapan dengan Brendan Rodgers.

Klopp tahu mereka telah melalui jadual perlawanan yang sangat banyak jadi sangat penting untuk lebih menyimpan tenaga berbanding dengan menggunakan terlalu banyak tenaga.

Alternatifnya, adalah bermain dengan sistem yang lebih berformasi ketika high pressing.

Liverpool FC juga lebih menekankan aspek menyimpan bola dengan lebih lama. Mereka tidak pasukan lawan mendapat beberapa berapa momen untuk mencetuskan peluang penting untuk melakukan gol.

Jadi secara tidak langsung pasukan yang digelar sebagai heavymetal football adakalanya perlu juga bermain dengan sistem lebih ochestrated.

Sebelum ini Klopp pernah kata kepada Wenger:

Kami berdua sukakan permainan bola sepak cantik. Namun beliau sukakan orkestra, saya pula sukakan heavy metal.

Baca yang lain