Analisis Taktikal: Kreativiti Dan Tidak Jumpa No.9 Antara Punca Arsenal Kalah

Arsenal dikejutkan Aston Villa dalam aksi ke-37 Liga Perdana Inggeris.

Di mana The Gunners sudah tewas 10 kali musim ini, selepas mereka cemerlang menewaskan Liverpool dan Manchester City.

Jaringan minit ke-27 oleh Trezeguet sudah cukup untuk Villa meraih 3 mata penting. Trezeguet merembat deras bola yang dibiaskan oleh Tyron Mings.

Berikut analisis ringkas tentang kenapa Arsenal kalah.

1. Kreativiti

Arsenal berdepan dengan isu kreativiti yang jelas.

Sebelum ini mereka bergantung kepada serangan balas dalam aksi berdepan Liverpool dan City.

Dalam pertarungan ini, mereka mengubah pendekatan untuk lebih dominan.

Namun masalah utama mereka kreativiti. Arsenal mencatatkan 0 on target dalam perlawanan ini.

2. Pertukaran tidak berimpak

Arsenal melakukan beberapa pertukaran dan kesemuanya tidak memberikan impak dalam perlawanan ini.

Sebaliknya mereka lebih terdedah kepada risiko dengan pertukaran yang lebih ofensif. Cuma Aston Villa sahaja yang tidak cukup precisive dalam linking up play.

Mungkin Kieran Tierney memberikan impak lebih baik di sebelah kiri. Namun kontribusi beliau secara keseluruhan agak sederhana kerapa Arsenal terpecah teruk secara organisasi.

3. Tidak cukup penetratif

Jelas sekali mereka berdepan masalah untuk memecahkan blok rendah Aston Villa.

Arsenal kekurangan killer pass dan juga gerakan pemusnah di zon serangan lawan.

Arsenal tidak cukup pantas menggerakkan bola di final third dan memberikan masa yang banyak kepada Villa untuk reshape dengan kompak di depan gol mereka.

Lihat heatmap di bawah ini, mereka ditolak ke wide area dengan teruk oleh Villa dan Arsenal berdepan dengan simptom U Shape. Di mana pasukan yang ada simptom ini ada masalah di zon 14. Ataupun tak mampu pecahkan tight area.

4. Lacazette isolated

Masalah terbesar Arsenal di zon serangan, mereka tidak menemui pemain no.9 mereka di zon gol.

Organisasi Arsenal tidak gel dengan kuat di hadapan. Kesannya mereka terputus hubungan dengan Lacazette yang sepatutnya menjadi pemain penting dalam rantaian attacking 3.

Aubameyang cuba membina linking up daripada wide area. Namun ia bukan idea yang berkesan.

5. Aston Villa ada kualiti tersendiri

Aston Villa ternyata memiliki kualiti mereka tersendiri walaupun mereka berada di zon penyingkiran pada sepak mula.

Jack Grealish dan McGinn antara pemain yang memberikan impak yang sangat besar setiap kali ada bola di kaki mereka.

Di barisan pertahanan Konsa bermain dengan cemerlang terutama sekali dalam usaha meneutralkan Aubameyang.

Cuma sayang sekali Keinan Davis tidak cukup bagus dalam linking up dalam beberapa situasi di mana pemain seperti Grealish dan Trezeguet sudah membuka larian bagi menerima bola.

Rumusan

Jelas sekali ini adalah tactical error oleh Mikel Arteta.

Selepas minggu yang cemerlang, Arsenal kembali bermasalah dari segi taktikal dan juga isu mentaliti di dalam perlawanan.

Arsenal kini menamatkan liga dengan kedudukan paling teruk sejak 1995.

Ini juga kali ketiga berturut turut Arsenal tewas 10 kali dalam semusim.

Baca yang lain