Jurgen Klopp berbesar hati memberikan sedikit ulasan analisis taktikal beliau tentang aksi antara Liverpool dan Manchester City.
Dan penjelasan tersebut dikagumi oleh ramai peminat termasuk penyokong seteru Liverpool sekalipun.
Beberapa peminat terkesima mendengar Klopp menjelaskan tentang sistem hantaran City di ruang half space. Satu ruang di antara sayap dan tengah.
Istilah klasik cuma ada wing kanan, tengah dan wing kiri. Namun penganalisis di Jerman memulakan terma half space yang juga disebut channel oleh media Inggeris.
Peminat Man United misalnya berkata: “Saya peminat Man United, tapi dia punya analisis mendalam ni membunuh saya [kagum nak mampus].”
Seorang lagi menyatakan bahawa Klopp membuktikan bahawa dia adalah manager yang tepat.
Ada juga berkata: “Tak ada satu pun ayat keluar dari mulut Klopp ni Ole akan faham. Dan sebab tu la Ronaldo terus blah masuk terowong selepas tamat game lawan Everton.”
Analisis Klopp
Klopp berkata: “Pertama sekali, apabila kamu berhadapan dengan Manchester City, ketika dengan bola, mereka adalah pasukan yang sebaiknya.”
“Jadi ada cara untuk bertahan, tetapi kami juga harus menutup ruang dan dengan itu kamu harus menonjol pada momen tertentu.”
“Itu yang Man City mahu lakukan, mereka mahu bermain menerusi bahagian tengah. Itu idea utama mereka.”
“Namun, jika kamu tutup bahagian tengah itu, mereka akan menolak dua pemain sayap mereka berada di kawasan sangat tinggi, jauh di sisi padang, hantar bola ke sana…”
“Akan berlaku pertukaran yang skala besar atau hanya dengan hantaran.”
“Saya sendiri tidak pasti berapa banyak saya menyaksikan Man City menghantar bola dengan mudah melepasi half space, ruang antara pemain sayap dan pemain 8 [CAM] kami. Ianya berlaku sangat pantas. Jadi apa alasan mereka melakukan semua itu?”
“Kami berada di garisan terakhir dan sangat pasif. Kami meminta pemain tengah kami balik ke belakang. Namun Jordan atau Curtis tidak dapat melaksanakannya apabila diperlukan. Kami terlalu pasif. Mereka [City] menghantar bola melalui kami ketika transisi, dan mereka terus melepasi kami.”
“Mereka ada beberapa peluang, cuma mereka tidak menjaringkan gol daripada peluang itu. Perkara perkara seperti ini memberikan kamu perasaan yang tidak senang.”
“Perasaan seperti ini yang menjurus kepada kamu tak bermain bola sepak, dan sebab itulah kami banyak hilang bola daripada hantaran panjang dan ianya [beberapa kesilapan] tidak masuk akal.”
“Ada lah satu dua tu yang masuk akal. Tapi yang lain tu saya tak nampak apa sebenarnya kami cuba lakukan.”
“Semua perkara ini kami ubah pada separuh masa kedua, secepat mungkin. Sebab itu kamu nampak kami lebih tinggi [di zon serangan] pada separuh masa kedua. Kami lebih agresif, kami terasa lebih dekat dengan peluang, lebih kompak, jadi mereka [City] sekarang ini tidak boleh sewenang senang bermain dengan cara mereka mahukan.”
“Pada fasa ini kami berada semula dalam perlawanan, kami menjaringkan dua gol cantik.”
“Mesej dia adalah, kita harus bermain banyak hantaran ekstra dan kami tak melakukannya pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua saya sangat gembira, berdepan pula dengan lawan yang kuat dan kami mahu mereka berada dalam perlawanan seperti ini [bukan macam separuh masa pertama].”
“Kami harus akui bahawa hari ini kerana perlawanan ada dua babak, dan satu mata adalah sangat ok dah tu.”
“Syukur perlawanan bola sepak ada dua babak. Kerana aksi kami hari ni berkaitan dengan aksi kami di separuh masa kedua. Dan tidak banyak aksi pada separuh masa pertama, alasannya jelas sekali.”
“Kami melakukan banyak sekali benda tak betul pada separuh masa pertama. City melakukan banyak perkara yang tepat, dan sebab itu kami hilang pada separuh masa pertama, kerana kami tak begitu berada dalam perlawanan ini. Kami tak ada mengambil peluang pada masa yang tepat.”
“Lebih teruk apabila kami tak bermain bola sepak secukupnya pada separuh masa pertama. Dan mungkin tadi saya paling gembira dalam karier saya mendengar wisel separuh masa. Kerana ianya sangat sukar.”
“Mereka mendapat pemain kontak [fokal] mereka untuk menukar arah, saya jelas tidak pernah merancang bahawa kami bermain seperti ini, kami harungi sahaja separuh masa pertama dan kami bermain separuh masa kedua yang sangat baik.”
“Jadi, jika anda hanya menonton separuh masa kedua sahaja, jika kamu membayangkan bahawa seseorang baru sahaja terlepas babak pertama dan menonton babak kedua mereka fikir ‘oh my god Liverpool benar-benar bagus wei’.. jika seseorang terpaksa pergi selepas babak pertama, mereka pasti akan berfikir ‘oh my god Liverpool apa ni’ .. ianya masuk akal. dan jika kamu menonton kedua babak akan baik-baik sahaja.”
You don’t get this level of tactical insight very often from Klopp. Grab it while you can. pic.twitter.com/IIU6OmDehY
— Josh Williams (@DistanceCovered) October 3, 2021
“Separuh masa kedua saya pasti suka memenangi perlawanan ini, tetapi mengambil kira babak pertama, maka saya baik-baik saja.”