Ianya adalah final yang sangat intensif. Sarat dengan aksi. Jika korang bangun awal pagi dan melihat jaringan 0-0 selepas 120 minit, pastinya akan menganggap ianya final yang membosankan. TIDAK!
Kedua dua pasukan saling serang menyerang dan VAR juga tak kurang hebatnya dalam memberikan perbezaan dalam final kali ini. Jika tanpa VAR, Liverpool sudah memiliki gol pendahuluan oleh Joel Matip. Dan ceritanya pasti berbeza. Begitu juga dengan gol Lukaku yang pastinya mustahil untuk penjaga garisan membatalkan gol itu kerana ofsaid yang sangat sedikit.
Set up
Chelsea menggunakan pendekatan yang lebih defensif dengan 3-4-2-1. Perkara yang seringkali dilakukan Tucheln setiap kali bertemu Klopp. Kerana tiada pasukan harus mengambil risiko untuk bermain 1 v 1 dengan Liverpool di semua area.
Jurgen Klopp dengan formasi 4-3-3 dengan Sadio Mane sebagai false number 9 selepas dia cemerlang dalam peranan itu sebelum ini.
Chelsea turut bermain dengan false 9 iaitu Kai Havertz. Sebelum ini Tuchel menyatakan bahawa serangan pasukannya lebih lancar dengan Kai Havertz.
🚨 SportsMail understands Thomas Tuchel feels his attack functions better with Havertz, there is growing uncertainty over Lukaku’s position in Tuchel’s plans.
Lukaku is not making any decisions over his future yet. ( @SamiMokbel81_DM ) pic.twitter.com/QlPslqTVih
— Pys (@CFCPys) February 23, 2022
Peranan Kovacic
Kovacic menjadi pemain penting Chelsea dalam mengatasi gegenpressing Liverpool. Di mana pendekatan Klopp sangat jelas untuk menekan 3 pemain back 3 Chelsea dengan front 3 beliau.
Jadi, adalah tidak selamat untuk 3 v 3 sepanjang masa. Oleh sebab itu Kovacic diarahkan untuk berkeliaran menjadi bek keempat yang akan turun ke bawah dan menjadi pivot utama pasukan Chelsea.
Tuchel mahu memastikan dua fullbacknya akan terus naik ke atas pada fasa build up. Kerana Tuchel tidak ada pemain bek sisi yang laju seperti Reece James atau Chilwell. Maka Azpi dan Alonso akan sentiasa diarahkan berada di kawasan tinggi pada fasa build up.
Kovacic sangat bagus dalam mengawal bola dan mengendalikan tekanan ke atasnya.
Kovacic berada di setiap penjuru padang termasuk berada di zon serangan untuk membantu serangan bertiga Chelsea.
Pertukaran arah segera oleh Chelsea
Salah satu kekuatan Chelsea dalam perlawanan ini adalah pertukaran arah bola segera. Tuchel mengetahui bagaimana sistem Klopp sangat reaktif untuk overloading kawasan yang ada bola. Pada fasa ini, mereka akan segera menukar hantaran ke wingback bersebelahan.
Ini contoh ketika Azpilicueta ditekan dengan Liverpool overload ke sebelah kiri.
Azpilicueta akan cuba memastikan bola itu segera diberikan kepada Alonso di sebelah.
Untuk memastikan Alonso terus memberikan ancaman secara segera, maka satu hantaran berkualiti diperlukan. Selalunya mereka akan menolak kepada Thiago Silva atau Kovacic untuk menukar bola segera.
Jika hantaran itu tidak cukup penetratif, Liverpool akan cepat reshape ke sebelah. Jadi, apabila mereka mempercepatkannya dan hantaran ke depan sesedap rasa, Alonso akan terus melakukan ancaman.
Oleh sebab itu Alonso menjadi antara pemain paling banyak touches dalam perlawanan ini.
Chain of 5 Chelsea
Ketika bertahan mereka akan segera membentuk chain of 5 yang sangat bagus dari segi garisan dan juga koordinasi. Walaupun ada beberapa ketika ianya dipecahkan Liverpool dengan permainan kombinasi, namun sistem Chelsea boleh dikira ampuh.
Liverpool dan half space
Berdepan dengan pasukan yang akan membentuk chain of 5, Klopp sudah bersedia dengan sistem dengan half space.
Meletakkan 2 pemain tengahnya di half space di belakang front 3 ketika serangan.
Fabinho akan menjadi pivot dan Keita serta Hendo di half space. Dalam perlawanan ini Diaz dan Salah sangat wide. Biasanya kita melihat Mohamed Salah sangat cepat berada di halfspace. Namun sistem kali ini Klopp lebih dengan gerakan agak konservatif di mana winger beraksi di wide area yang sangat hujung.
Ini mungkin untuk menarik wing back keluar dan membolehkan dua pemain half space ini mendapatb ruang.
Ini antara contoh Salah melakukan late run di belakang pertahanan ketika perhatian tertumpu kepada pemain half space.
Lihat heatmap 3 midfielder Liverpool ini:
Sistem ini banyak membantu untuk mengalihkan perhatian pertahanan Chelsea dengan ancaman awal di half space dan kemudian, Salah dan Luis Diaz melakukan ancaman lewat menerusi late run.
Tetapi Chelsea berkali kali terselamat daripada dibolosi kerana kecekapan Mendy.
Kecemerlangan penjaga gol dan ketumpulan serangan
Dalam perlawanan ini kedua dua penjaga gol sangat cemerlang. Kelleher dan Mendy melakukan saves berkelas dunia menafikan percubaan gol. Namun di sebalik saves itu, ianya tetap ada situasi dikira big miss. Pulisic dan Mount gagal menyempurnakan peluang terhidang mereka.
Kemudian Sadio Mane turut gagal menjaringkan gol dari jarak dekat.
Caoimhin Kelleher and Edouard Mendy
Two exceptional goalkeepers
🇮🇪 🇸🇳 pic.twitter.com/HC0t2D7YNJ
— IP🇮🇪⚽️ (@IrishPropaganda) February 27, 2022
Pada awal separuh masa kedua, Chelsea menjadi pasukan yang sangat bahaya. Mereka mencipta beberapa peluang.
Malah pada masa ekstra, Chelsea menunjukkan mereka memiliki power yang bagus untuk memenangi perlawanan.
Klopp pula pastinya merasa lega kerana ada beberapa peluang besar Chelsea gagal disudahkan.
Rumusan
Liverpool menang menerusi penentuan penalti. Ianya lebih kepada kualiti 11 pemain mereka dalam tugasan tersebut yang lebih baik.
Secara taktikal, Klopp dan Tuchel sangat sengit di atas padang. Tuchel dan Klopp masing masing membuat persiapan yang sangat baik.
Klopp kali ini tidak mengarahkan Robertson dan Trent terlalu ofensif dan lebih fokus untuk kembali ke chain of 4 ketika bertahan.
Ini adalah final yang sangat bagus walaupun tanpa jaringan sepanjang 120 minit. Di mana penyokong kedua dua pasukan tak berhenti jantung berdegup kencang.