Ok gais, kali ni aku nak ulas Tweak pada sistem serangan Liverpool dalam aksi berhadapan dengan Sheffield United.
Sistem yang banyak mencipta peluang. Cuma keeper Shefdield padu wei.
Asas
Klopp menggunakan sistem 4-3-3 sebagai asas dalam formasi permainan. Itu semua dah tahu kan?
Berbalik kepada apa yang berlaku dalam perlawanan sebelum ini, Klopp mengarahakan Sadio Mane dan Mohamed Salah menjadi wide attacker / inverted winger.
Liverpool berhadapan dengan pertahanan lawan dan mujur sekali ketika itu Dean Henderson melakukan uncharacteristic error.
Tweak
Dalam aksi yang berlangsung di Anfield baru baru ini Jurgen Klopp melakukan sedikit tweak pada sistem serangan.
Mohamed Salah dan Sadio Mane jelas sekali banyak berada dalam posisi twin no.9 / false 9.
Ini dengan menarik ke belakang Roberto Firmino sebagai nombor 10.
Sebelum ini Firmino benar benar menjadi false 9 dalam sistem macam ni:
Dalam perlawanan ini Mohamed Salah dan Sadio Mane benar benar progresif menjadi no.9 kembar ataupun twin attacker.
Firmino pula menjadi pure no.10 bukannya false no.9.
Jadi biasanya Liverpool membentuk ultra attacking dari 4-3-3 kepada 3-4-1-2. Namun kali ini ia lebih kepada 3-2-3-2. Korang rujuk gambar atas tu.
Salah dan Mane bukan lagi di halfspace tetapi mereka benar benar di zon penyerang utama.
Salah ni kelebihan dia pada positioning. Sebab tu dia boleh main false 9. Sebelum ni Mane pun pernah main false 9.
Cuma masalah Salah ni kekadang tamak tak bertempat. Bila main twin attacker ni kena saling melengkapi.
Ini posisi ketika gol kedua. Mohamed Salah menempatkan dirinya di satu posisi terbaik sebagai no.9. Mane pas ke dia dan dia create gol untuk Mane.
Henderson menjadi half back. Itu korang tau kan. Namun beliau akan naik ke atas apabila pasukan lawan terlalu banyak berkampung. Ini akan membekalkan extra support secara numerical.
Rumusan
Jurgen Klopp melakukan perubahan ini kerana nak memberikan kejutan kepada Sheffield yang pasti menjangka mereka akan bermain dengan sistem seperti biasa.
Sheffield bermain dengan sistem back 3 memudahkan lagi kerja Klopp untuk membentuk 2 v 3 dengan back 3 lawan.
Mostly sistem ini para pemain lebih enjoy bermain. Klopp menyatakan beliau kalau boleh tak nak diorang ni berlari sampai 11km. Liverpool mencatatkan lebih 13km.
Mostly diorang enjoy sebab tweak dia menjadi. Dan kesukaran dalam perlawanan pertama diatasi.
Jordan Henderson adalah brain kepada sistem pada malam itu. Beliau sangat bertenaga dan mencipta 4 peluang gol.
Kredit kepada Joe Gomez dan Van Dijk yang berjaya memberikan covering kepada Robbo dan Trent Alexander-Arnold yang naik sangat tinggi.
MOTM pilihan
Jordan Henderson
Memberikan kestabilan ketika bertahan dan menyerang. VVD pun padu gak. Banyak laser pada dia.
Fair play Chris Wilder. What a fella. 👏 pic.twitter.com/1Rj4LWho35
— The Redmen TV (@TheRedmenTV) January 2, 2020