Analisis Taktikal: Unai Emery Wujudkan Sistem 6-2-2 Matikan 3-4-3 Dengan Active Wing Rotation Conte

Unai Emery telah mengaktifkan sistem 6-2-2 untuk menyukarkan Spurs menyerang ke kubu Aston Villa.

Taktikal mereka berjaya memastikan 3 mata milik Villa.

Sejak Unai Emery mengambil alih Aston Villa, telah banyak perubahan dari segi corak permainan.

Walaupun mereka tewas di tangan Liverpool sebelum ini, namun dalam perlawanan tersebut Villa beraksi baik. Cuma membazir peluang depan gol.

Antonio Conte dikenali dengan kegemarannya menggunakan sistem back 3 dan bertahan dengan chain of 5. Sama ada 5-4-1 atau 5-3-2.

Aston Villa memulakan tahun 2023 dengan mengejutkan pasukan Tottenham dengan kemenangan 2-0.

Jika sebelum ini Conte seringkali menang dengan cara bermain defensif dan counter attack, kali ini Unai Emery memberikannya ‘rasa’ yang sama.

Unai Emery membina struktur yang mungkin tidak terfikir langsung oleh Conte.

Asasnya Aston Villa bermain dengan 4-4-2.

Struktur back 6 itu wujud dengan dia pemain sayap dijadikan defensive winger untuk untuk turun ke bawah.

Sistem ini sebenarya ada 3 CB, 1 libero di belakang Center back. Dan dua pemain sayap pula menjadi wingback ketika bertahan.

Mereka tidak menekankan aspek permainan sayap.

Strukturnya mirip dengan struktur Ralf Ragnick 4-2-2-2 yang digelar wingerless wonder ketika di Leipzig.

Cuma Unai Emery lebih ekstrem dalam menutup semua ruang di pertahanan.

Dengan sistem ini, Aston Villa tidak terdedah dengan ancaman sistem rotasi / rotation Spurs yang aktif di sayap dan zon 14.

2 penyerang Villa akan bertindak melinduingi pivot kembar Villa yang juga merupakan DM mereka. Tugasan 2 penyerang itu mirip dengan tugasan DM yang melindungi CB / center back.

Mereka tidak agresif melakukan pressing namun secara aktif menutup jalur hantaran / passing lanes.

Seperti yang telah disebutkan, pemain sayap turun jauh ke belakang untuk sama ada menekan bek sayap Spurs atau 10 mereka.

Terutamanya di sebelah kanan, Kamara selalunya kekal rapat dengan Son Heung Min. Pemain yang menjadi kunci utama sistem Conte.

Ini membolehkan Aston Villa menangani dinamik serta rotasi di sayap kiri Tottenham dengan baik. Pemain sentiasa ada kelebihan atau sentiasa dalam situasi 1 v 1.

Lihat gambar di bawah ini, maaf blur sikit sebab nak capture struktur 6-2-2 tu. Young dengan mudah melakukan track back dan dua pemain di serangan atas mereka menjadi cover shadow.

Kane memang bukan penyerang tipikal target man klasik. Dia suka berada di zon 14 dan bertukar posisi dengan pemain lain.

Dalam berdepan sistem 6-2-2-2 ini dia nampak hilang informasi, di mana dia harus berada.

Apa yang dilakukan Villa ini benar benar mengejutkan Conte. Dia langsung tidak menjangka sistem ini yang akan digunakan Unai Emery.

Corak permainan ini memang lebih kepada mencari seri berbanding menang. Namun apabila lawan melakukan kesilapan, maka Villa akan cuba sedaya upaya untuk menghukum mereka.

Gol pertama daripada bola muntah. Gol kedua pula pertahanan yang longgar.

Kemenangan Villa pastinya kerana sistem defensif mereka. Kita selalu mendengar orang memuji pasukan Conte menang kerana defensive masterclass.

Kali ini Unai Emery melakukannya bersama Aston Villa.

Pasukan lain pasti akan menjadikan perlawanan Spurs ini sebagai bahan analisis mereka. Risau kalau Emery melakukan perkara serupa kepada mereka.

Baca yang lain