Analisis: Tammy Abraham Sempurnakan Counter Attack vs Arsenal Dengan Trap Control + Body Feint Kemas

Mana ada hari yang lebih baik daripada menjaringkan gol kemenangan dalam derbi pada minit akhir perlawanan. Dan kemudian ianya adalah hasil daripada comeback di tempat lawan.

Baiklah, hari ini aku nak ulas secara ringkas bagaimana babak-babak gol kemenangan Tammy Abraham ini.

Ianya bermula di sini. Apabila Arsenal overcommited untuk mendapatkan gol kedua. Di mana mereka hanya ada 1 pertahanan di lowest block

Fasa ini Chelsea boleh membentuk 3 v 2 tetapi korang tengok cara Torreira cuba eliminating space / passing lane / connection dengan Mason Mount.

Dekat video di bawah nanti korang tengok cara Torreira buat space marking dengan beberapa kali dia menoleh ke belakang dan eyes on the ball, dilakukan pada satu masa yang sama.

Ini adalah definisi kepada track back yang bagus.

Ia juga membuatkan Chelsea gagal untuk membentuk 3 v 2 yang terlalu superior. Saka gagal untuk buat recovery, nampak macam ada kecederaan

Tammy tahu ruang di kiri dia sudah ditutup dan dia ada Willian di kanan.

Willian menerima bola dan cuba untuk menarik Luiz.

Willian pergi ke space di halfspace tu. Bagi aku masa ni Willian nak create ruang untuk dia shot, tetapi sentuhan dia terlalu kuat. Kita biasa tengok Willian buat benda macam ni. Dia create space di ruang seperti ini dan melakukan shot.

Akibat sudah tidak mendapat ruang terbaik untuk shot, Willian melihat Tammy di dalam box. Itulah pentingnya gerakan Tammy Abraham dengan naluri poaching menempatkan diri di zon itu.

Willian secara tak langsung telah menarik Luiz ke tepi / drag Luiz. Dan dia boleh menghantar kepada Tammy Abraham.

Fasa di atas tadi lebih kepada taktikal. Dan kali ini Tammy Abraham menggunakan skil teknikal dia dalam small space.

Dia melakukan simple body feint. Satu maneuver yang mengacah ke bahu kanan dan menarik ke bahu kiri. Satu trap control yang baik dengan sentuhan tajam tanpa heavy touch.

Apa yang Tammy buat ini kerana dia sukar melepaskan rembatan dalam keadaan membelakangkan gol. Tapi dia ada opsyen lain di sebelah sana. Cuma dalam keadaan itu, mana ada masa sangat nak lihat.

Tammy membuktikan dia memang sudah tahu apa dia nak buat pada next step sebelum menerima bola. Ini kualiti penyerang yang bagus.

Dia mendapat satu ruang yang sangat kecil tetapi cukup dan merembat dari situ.

Korang tengok dekat sini apa benda yang aku cerita. Korang layan sekali cara Lucas Torreira itu melakukan recovery run.

Satu gol yang memerlukan pemain fokus pada minit akhir dalam aksi derbi. Tekanan tu ada di mana sahaja.

Composure yang ada pada Tammy Abraham sangat luar biasa bagi saya.

Sebab itu Didier Drogba pun kagum dengan gol ini:

Highlight penuh:

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di