Analisis Terengganu Lwn Selangor: 5 Perkara Yang Membuatkan Nafuzi Lebih Baik Dari Neitzel

Selepas menewaskan Pahang 3-1 pada perlawanan pertama Selangor atau lebih dikenali sebagai King of Malaya dilihat menjadi pasukan pilihan dalam perlawanan ini.

Terengganu pula memerlukan 2 jaringan lewat permainan untuk menundukkan UiTM di Shah Alam. Bagaimanapun ‘skrip’ akhir berlaku sebaliknya apabila Terengganu berjaya menewaskan Selangor dengan jaringan selesa 3-1.

Dalam perlawanan tersebut kedua-dua pasukan bermain agak santai, kurang melakukan pressing di high line atau middle third. Majoriti pemain mempunyai ruang dan masa yang lebih untuk melakukan hantaran.

Terengganu memulakan ancaman pada 10 minit pertama apabila Faiz Nasir gagal menjaringkan gol ketika mempunyai peluang terbuka. Ia disusuli oleh sepakan percuma dari Makan Konate dari luar kotak penalti

Secara tiba-tiba Selangor melakukan 3 percubaan dalam tempoh 2 minit melalui tandukan Ifedayo Olusegun, percubaan jarak jauh dari Wan Zack Haikal dan Shahrel Fikri. Salah satu dari percubaan itu singgah di palang.

Babak pertama ditutup dengan 3 lagi percubaan Wan Zack namun gagal menghadirkan jaringan bagi memadam gol Jordan Mitah hasil hantaran sempurna Konate dari sayap kanan.

Kedua-dua pasukan tidak melakukan perubahan besar pada separuh masa kedua, Terengganu menambah satu lagi gol melalui Rahmat Makasuf selepas Syahmi Safari melakukan bad touch dan bola menuju ke arahnya.

Hakimi Abdullah sekali lagi menjaringkan gol penutup pasukan selepas melakukanya di Stadium UiTM pada hujung minggu lepas.

Sebelum jaringan Hakimi,  Selangor mendapat gol saguhati hasil jaringan sendiri oleh pertahanan Terengganu, Shahrul Nizam Ros Hasni yang tertampan bola ke gawang sendiri-hantaran lintang Danial Asri mencari Ifedayo Olusegun.

Kenapa Terengganu menjadi lebih baik berbanding Selangor dalam perlawanan ini. Berikut 5 perkara yang kami gariskan.

1. NAFUZI BERANI LAKUKAN PERUBAHAN

Selangor tidak melakukan perubahan, Karsten Netzel hanya menurunkan Zikri Khalili bagi menggantikan R.Dinesh yang mengalami kecederaan seawal minit ke-12 ketika menentang Pahang.

Berbeza dengan Nafuzi, jurulatih itu menukar pemain tengah dari dua pemain tengah bersifat ofensif kepada 2 pemain defensif. Perubahan itu menyukarkan Selangor untuk memecah masuk kedalam kotak penalti dari bahagian tengah.

Kemenangan Selangor sebelum ini dihasilkan dari serangan bahagian tengah melalui percubaan jarak jauh Shahrel dan Oliver Buff. Kali ini bahagian itu cukup kuat selepas Nafuzi meletakkan Nasir Basharuddin dan Dechi Marcel menjaga tembok pertahanannya.

Nafuzi juga menggunakan sepenuhnya kelebihan feeder club apabila ‘mempromosi’ Marcel dan Jordan Mitah. Pada minggu lepas Terengganu menurunkan Argzim Redhovid dan David da Silva.

2. HALIM CEDERA

Abdul Halim Saari mengalami kecederaan seawal minit ke-7 permainan dan dia digantikan oleh Alif Haiqal Lokman Hakim Lau.
Kehilangan Halim semakin dirasai selepas Netzal sudah kehilangan Brendan Gan sebelum liga bermula.

Pemain muda berusia 21 tahun itu diberi peranan sepenuhnya membantu barisan serangan dan sitasi itu menghadkan pergerakan Buff yang perlu kekal dibawah. Buff tidak dapat melakukan seperti apa yang dilakukannya pada perlawanan pertama.

Halim bakal tersisih selama 9 bulan apabila disahkan mengalami kecederaan ACL.

3. KONATE TERUS CEMERLANG

Dua bantuan gol ketika menumbangkan UiTM, Selangor perlu sedar tentang hal ini tetapi tiada marking khusus kepada pemain yang berasal dari Mali itu. Pada minit ke-7 Konate melepaskan satu sepakan percuba baik yang perlu diselamatkan oleh Khairul Azhan Khalid.

Terengganu banyak melakukan serangan di sebelah kiri melalui Faisal Halim, kesemuanya tidak membuahkan hasil. Mitah kerap kali berada dalam kedudukan ofside. Ia adalah kombinasi kesilapan dari pemain yang menghantar bola dan pemain yang menerima bola.

Apabila Konate melakukan serangan di sebelah kanan, dia melakukan hantaran lintang tepat ke kepala Mitah. Satu hantaran berkualiti dan Konate mengumpul koleksi 3 bantuan gol.

Jaringan kedua Terengganu juga berpunca dari Konate yang melakukan satu lob kepada Faiz yang bermain 1-2 dengannya. Kekeliruan berlaku antara Mitah dan Faiz disusuli sentuhan buruk dari Syahmi melihat bola menuju tepat ke arah Rahmat. Dia berada di tempat yang tepat dan masa yang tepat untuk melepaskan satu rembatan leret menewaskan Khairul Azhan.

Konate juga terlibat sedikit dengan gol ketiga Terengganu apabila mengelirukan pemain lawan. Konate berlari untuk mengambil lontaran kedalam dari pasukannya. Pemain Selangor cuba menekan Konate tetapi bola itu dilepaskan kepada Mitah.

4. 2 PEMAIN TENGAH DEFENSIF

Selepas melihat perlawanan semalam adakah kita tidak mahu mengakui 2 pemain tengah defensif lebih membantu Terengganu dari menggunakan 2 pemain tengah ofensif?

Ia seperti Terengganu mengulangkaji permaian Selangor pada minggu lepas dan dimana jaringan mereka terhasil. Konate sudah menyempurnakan peranannya membantu bahagian serangan secara bersedirian. Dia terlibat dengan semua permainan yang menghasilkan gol.

Selangor tidak mampu masuk ke kawasan penalti melalui zon 14 kerana dibahagian itu Terengganu agak kompak tidak kira ketika mereka menyerang dan bertahan. Terengganu tidak memerlukan quick transition untuk memadatkan ruang tersebut.

Selepas Selangor mendapat jaringan pertama, Ifedayo kerap ke sisi untuk memecahkan blok pertahanan Terengganu. Shahrel sebelum itu agak buntu berada di zon tersebut.

5 minit sebelum perlawanan berakhir Nasir terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Hafizul Alias bagi mengekalkan garisan tersebut terus kukuh.

5. HAKIMI CATAT JARINGAN MENARIK

Pemain yang baharu ditandatangi ini merekodkan statistik menarik. Dia menjaringakan gol kemenangan pada lewat permainan bagi membantu Terengganu meraih 3 mata pertamanya.

Kali ini dia sekali lagi menjaringkan gol lewat permainan, ini kerana Hakimi hanya dimasukan pada lewat perlawanan. Pemain berusia 21 tahun ini sudah mempunyai 2 jaringan walaupun hanya bermain 62 minit dalam 2 perlawanan.

Pada musim lepas dia menjaringkan 3 gol dalam 6(3) penampilan bersama Kelantan. Ketiga-tiga jaringan tersebut berlaku ketika Kelantan membelasah UiTM 5-1.

Hakimi juga mempunyai 1 koleksi jaringan pada tahun 2019. Kini pemain ini mungkin akan bertambah tajam dibawah Nafuzi dan Terengganu. Buat masa sekarang Nafuzi memberi ruang pada lewat perlawanan dan ianya agak berkesan.

RUMUSAN

Nafuzi melakukan perubahan mengikut kesesuaian lawan dan ia menjadi. Selangor pula mengalami tamparan apabila Dinesh cedera pada perlawanan pertama kemudiannya Halim pada perlawanan ke-2.

Selangor menurunkan 4 pemain Selangor II pada perlawanan semalam, sudah pasti kualiti mereka sedikit terjejas apabila menggunakan terlalu ramai pemain muda.

Nafuzi pula mempunyai lebih banyak pilihan pemain import kerana peraturan feeder club membenarkannya menggunakan pemain dari sana pada bila-bila masa.

Perlawanan seterusnya Selangor akan mengharungi derbi Lembah Klang pada dan kali ini Netzel perlu melakukan sedikit rombakan pemain, Terengganu pula akan bertandang ke Ipoh menentang Perak.

Baca yang lain