De La Fuente telah membuat tweak taktikal yang ringkas untuk mendapatkan hasil lumayan dalam final ini.
Pada separuh masa pertama, De La Fuente mahukan lebih banyak cross dihantar kepada target man mereka, Alvaro Morata.
Namun idea ini sukar dilaksanakan kerana Nico Williams atau Lamine Yamal bukan penghantar bola lintang tinggi yang bagus. Mereka adalah lebih kepada attacking winger yang suka masuk ke dalam kotak penalti.
D
Dan separuh masa kedua, De La Fuente kembali kepada default setting untuk Sepanyol. Penyerang bermain seperti biasa, memberikan kebebasan semula kepada Nico Williams dan Lamine Yamal untuk mengekpresikan diri mereka.
Inilah tweak yang saya kata ianya mudah dan simple. Di mana mereka kembali kepada cara bermain mereka dan tidak perlu berkorban untuk Alvaro Morata agar pemain itu mendapat gol dengan fizikalnya. Hal ini kerana England sangat bagus dalam mematikan bola tinggi terutama sekali dengan fizikal mereka ada.
Hasilnya, selepas kembali kepada tetapan asal, Sepanyol terus mendapat gol pertama awal separuh masa kedua.
England berjaya menyamakan kedudukan, namun Sepanyol kekal fokus dan melaksanakan plan taktikal mereka bermain dengan fluid football. Gol kedua pun terhasil dengan sistem ini.
Malah mereka hampir mendapat beberapa lagi gol dengan permainan seperti ini.
Intensiti Sepanyol
Dari segi intensiti Sepanyol bermain dengan intensiti tinggi sejak minit pertama lagi. Sedangkan Pagar Selatan sekali lagi mahu bermain selamat dengan taktikal play safe.
England bertahan di bawah dan cuba menyerang balas lawan mereka dengan pemain seperti Bukayo Saka. Malangnya serangan balas England kerapkali dimatikan oleh blok high pressing Sepanyol.
England ternyata kelemasan dalam sistem permainan Sepanyol. Mereka mendapat beberapa peluang walaupun tidak menguasai banyak bola. Kerana sepanjang Euro ini England selalu mendapat momen dan mereka sempurnakannya.
Tetapi Sepanyol bertahan baik selepas mendahului 2-1.
Rumusan
Pasukan lebih baik menang. Dan Southgate sekali lagi didedahkan oleh lawannya bahawa dia bukan tactician yang bagus dari segi variasi. Dia juga suka meletakkan pemain penting di posisi bukan posisi terbaik mereka. Misalnya Jude Bellingham diletakkan di bahagian sayap.
Southgate tidak mampu mengeluarkan yang terbaik daripada bintang bintang yang cemerlang di kelab mereka sepanjang musim lalu. Seperti Saka, Bellingham, Foden, Kane, malah dia tidak tahu cara menggunakan Trent Alexander Arnold sekalipun yang menjadi pusat kreativiti di kelabnya.
Southgate cuma boleh menarik nafas lega kerana sudah diwar warkan akan terus kekal kerana berjaya membantu England mara ke final Euro 2 edisi berturut turut. Ok.
De La Fuente adalah pengurus yang lebih baik. Mampu mendapatkan hasil terbaik dengan mengeluarkan output terbaik daripada pemain seperti Nico Williams dan Lamine Yamal misalnya. Bayangkan dua pemain ini berada dalam pasukan Pagar Selatan? Mungkin mereka hanya diletakkan di bangku simpanan untuk menimba pengalaman dahulu.
Analisis video di sini:
@axello_tacts Analisis bagaima Sepanyol tibai England di final. mujurlah Pagar Selatan dah dijamin dapat kontrak baru. artikel ada di bio 🔗