Ledley King merupakan kapten legenda untuk Tottenham Hotspur pada awal 2000-an. Pemain yang sudah bersara itu memiliki analisis yang menarik untuk bekas kelabnya itu.,
Jika pundit lain bercerita tentang stamina dan fluiditi atau taktikal. Namun Ledley King pula menganalisis pasukan Conte kali ini dari segi saiz fizikal. Di mana menurutnya, Conte sekarang sedang membina pasukan raksasa dari segi fizikal dalam pasukannya.
Antonio Conte datang ke London Utara musim lalu menggantikan Nuno Espirito Santo. Kemudian, dia membina Tottenham Hotspur dengan pemain yang hebat, dari segi fizikal dan mental.
“Apabila saya melihat skuad, salah satu perkara pertama yang menarik perhatian saya ialah saiz (ketinggian) pemain. Ia adalah skuad yang sangat bergantung pada fizikal. Ia mengujakan saya,” kata Ledley King dalam analisisnya.
King kemudian mengimbas kembali bola sepak di zamannya dahulu. Di mana pemain pemain adalah besar dan tinggi lampai terutama sekali di barisan pertahanan. Dan kini dia merasakan trend itu sudah kembali semula.
“Menjadi pertahanan yang agak fizikal pada zaman saya, untuk melihat pasukan yang penuh dengan atlet yang besar dan kuat adalah hebat,” tambah Ledley King.
King merasakan bahawa, faktor skuad yang sarat dengan pemain besar dan laju akan mampu memberikan tekanan secara psikologi kepada lawan ketika di terowong.
“Ia pasti membuat perbezaan apabila anda berdiri di terowong sebelum perlawanan dan melihat ke seberang dan melihat pasukan atlet yang kuat yang boleh berlari sepanjang hari,” sambung Ledley King lagi.
Analisisi King ini memang disikong oleh data dan fakta yang menunjukkan bahawa Antonio Conte sememangnya telah menandatangani lapan pemain, dengan pemain kesembilan, Destiny Udogie dari Udinese, akan disahkan tidak lama lagi.
Sejak ketibaannya ke Tottenham Hotspur pada November tahun lalu, semua pemain yang ditandatanganinya mempunyai ketinggian melebihi 182cm.
Pemain dengan ketinggian kurang daripada 180 cm akan dibuang. Contohnya Harry Winks, Giovani Lo Celso, dan Sergio Reguillon. Kesemua mereka mempunyai postur kira-kira 177 cm.
Hanya terdapat beberapa pemain yang dikecualikan daripada senarai postur. Dia ialah Bryan Gil, yang tingginya 176 cm. Ada Lucas Moura dan Ryan Sessegnon. Mereka pendek, tetapi berkualiti tinggi. Ciri ciri fizikal para pemain adalah sama seperti semasa Antonio Conte mengendalikan Chelsea, tidak termasuk Eden Hazard dan N’Golo Kante.
Namun Bryan Gil turut dalam senarai untuk dijual jika ada tawaran besar untuk pemain itu.
How Antonio Conte beefed up his squad to muscle in on the title race as Ledley King says he is 'excited' for the season ahead | @Matt_Barlow_DM https://t.co/kKoiuxdafR
— MailOnline Sport (@MailSport) August 9, 2022
Antonio Conte berkata beliau menyasarkan pemain yang mempunyai ciri khas untuk pasukan yang sedang dibinanya untuk menghasilkan bola sepak yang intensif dan moden.
“Pemain perlu mempunyai kualiti. Pada masa yang sama, dia perlu kuat dari segi fizikal. Mereka adalah jentera yang bagus dan mempunyai stamina, kerana liga ini sangat sukar. Sangat berbeza dengan liga lain. Kami memerlukan pemain yang berkualiti, untuk menjadi dari segi fizikal. kuat dan banyak berlari. ,” kata Antonio Conte.
Jadi, sama sama kita tunggu hasil projek skuad gergasi Conte ini. Kerana mereka berjaya menang 4-1 dalam aksi pertama Liga Perdana Inggeris pada hari pembukaan liga.
Cabaran getir akan menanti skuad dengan purata 182sm ini ketika bertandang ke Stamford Bridge pada hujung minggu ini.
Conte musim lalu berjaya membawa Spurs mara ke Liga Juara Juara Eropah. Walaupun ketika dia mengambil alih, Spurs dilihat akan berdepan kesukaran untuk mara ke UCL.
Kini Conte mensasarkan untuk menamatkan kemarau trofi di Spurs.