Analisis: Van Gaal Gunakan ‘Rotation’ Di Zon 14 + Overloading Sebagai Senjata Utama

Louis Van Gaal sebelum ini menjawab sinis wartawan yang menyatakan ramai peminat Belanda menganggap taktikal Oranje membosankan.

Van Gaal berkata: “Jika kamu rasa bola sepak kami membosankan, jangan tengok.”

Sebenarnya, Van Gaal kali ini bukanlah sebosan seperti yang dikatakan. Belanda kali ini turut bermain dengan sistem yang fluid. Walaupun mereka bukanlah pasukan yang benar benar total fooball sepanjang masa.

Jika korang menyaksikan aksi Belanda, korang akan melihat taktikal yang baik mereka persembahkan dalam 3 perlawanan pertama.

Tumpuan taktikal mereka terarah kepada rotation atapun pertukaran gerakan di sekitar zon 14 sebelum fasa kedua iaitu overload.

Mereka akan melakukan overload segera secara unit ke dalam kotak penalti dengan pertukaran posisi yang sukar untuk dijangka pemain lawan.

Ini antara contoh struktur mereka ketika serangan dijana ke atas.

Frenkie De Jong menjadi asas penting kepada sistem ini. Kerana dia akan menjadi sumber utama hantaran dari tengah. Dia menggunakan visi dia untuk melihat lebih awal gerakan rakannya.

Ketika berdepan Senegal, De Jong melengahkan hantaran dan kemudian menghantar ke space untuk diserang oleh Gakpo.

Gakpo pemain yang bergerak dari zon sayap masuk ke dalam zon central forward dan mendapat gol.

Lihat detik itu di sini, dan betapa sukarnya lawan untuk mengekang gerakan mereka.

Senegal memberikan ruang dan masa yang banyak kepada De Jong. Itu adalah kesilapan utama mereka. Seharusnya mereka memberikan tekanan kepada De Jong, kerana dia memang teras kepada sistem ini.

Ini antara satu lagi contoh di mana De Jong melihat ada rotation berlaku di zon 14. Dia tahu itu bermakna mereka akan melakukan peralihan ke fasa overload kotak penalti dengan ramai pemain.

Secara keseluruhannya, taktikal Van Gaal kali ini tidaklah pragmatik seperti ketika 2014. Kerana kali ini dia memiliki unit pemain yang lebih baik dari segi mobiliti berbanding bergantung kepada one man show, Robin Van Persie pada masa itu.

Begitu juga ketika menentang Qatar, mereka memiliki fluiditi yang sangat baik. Mengucar kacirkan pertahanan dengan sistem rotation ini.

Cody Gakpo mendapat manfaat yang sangat banyak daripada sistem ini. Kerana pemain itu boleh bermain sebagai wide attacker, floating attacker dan no.9.

Dia menjadi pemain Belanda pertama menjaringkan gol dalam 3 penampilan pertama dalam Piala Dunia.

Dia sudah menjadi salah seorang bintang dalam edisi Piala Dunia 2022 kali ini.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan