Analisis + Video Angle Menarik Gol Shaqiri vs Everton

Xherdan Shaqiri telah kembali semula ke dalam pasukan selead berehat panjang kerana kecederaan.

Dan beliau pulang dengan bang!

Di mana beliau telah menjaringkan gol dalam derbi Merseyside. Gol tersebut adalah gol kedua Liverpool dalam kemenangan 5-2 ke atas Everton.

ANALISIS GOL SHAQIRI

Jom kita lihat apa sebenarnya yang sedang berlaku di dalam gol Shaqiri.

Gol tersebut adalah berpunca daripada fast break daripada bawah dilakukan pemain Liverpool.

Bola dihantar oleh bangsa scouser – Trent Alexander Arnold – kepada Sadio Mane yang berada di sayap hujung sebelah kiri. Bola diagonal aku cakap kau.

Mane mengawalnya dengan sebaik mungkin dan melakukan 2 sentuhan sangat kemas untuk menjinakkan bola di kakinya.

Pemain tersebut dengan licik melakukan aktiviti mengelirukan sekumpulan pemuda yang perasan power dengan jersi warna biru.

Shaqiri menunjukkan isyarat dia nak bola dan mahu attack space di belakang tu.

Mane kemudian melakukan hantaran ke ruang (pass into space).

Di situ Shaqiri menerima bola hasil daripada larian awal yang beliau buat. Dan tanpa berlengah Xherdan Shaqiri melepaskan geramnya.

Terdapat sedikit penyesalan di wajah Shaqiri kerana dia tahu setiap kali dia skor dalam derbi, jurulatih akan dipecat.

Sebelum ni dia skor dalam derbi barat laut vs Manchester United dan Mourinho dipecat.

Dan goll!

Liverpool FC berkongsi semula ulang tayang gol tersebut. Korang boleh layan gol ni daripada angle sangat cantik terutama sekali aerial view.

Korang boleh layan di sini:

Shaqiri membantu Liverpool menang 5-2. Aksi beliau sangat cemerlang terutama sekali separuh masa pertama.

Dalam temuramah dengan Liverpool FC, Shaqiri menyatakan:

“Saya sememangnya 100 peratus fit geng. Jelas sekali saya perlukan seminggu atau dua minggu lagi nak training. Tetapi ofkos I happy dan sentiasa ready seperti Melissa Reddy.”

“I feel good.”

“Eh tercakap omputih pulak, saya terasa sangat ceria dan rasanya saya dalam kondisi terbaik ketika bermain menentang Everton. I happy jugak dapat bermain dan mendapat beberapa minit selepas bercuti beberapa minggu.”

“I sangat gembira kerana bermain dari permulaan kesebelasan utama dan I nak berikan persembahan terbaik.”

“I sangat gembira you all untuk kembali dan mencetak gol dalam derbi. Ianya sangat amazing kau tau. Sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila bila.”

“Saya tak sabar nak bermain di perlawanan seterusnya. I harap akan terus bergembira dan melakukan yang lebih lagi.”

Shaqiri terus menjadi pemain penting dalam pasukan Jurgen Klopp. Beliau mungkin tak sebagus Sadio Mane ataupun Mo Salah. Namun beliau adalah teamplayer idaman semua pasukan di dunia ini.

Shaqiri berterima kasih kepada Jurgen Klopp yang banyak membantunya sepanjang proses pemulihan daripada kecederaan.

Sebagai penyokong Minamino, eh Liverpool, saya sangat gembira dengan kepulangan big Shaq ke dalam pasukan.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil