Analisis Wenger Menjelaskan Bagaimana Faktor Henderson Menjadi Punca Liverpol Bergelut

Jurgen Klopp sudah menyerah kalah dalam perebutan tahta Liga Perdana Inggeris selepas kekalahgan di tangan Leicester 3-1 minggu lalu.

Klopp menambah: “Saya berpendapat kami tak mampu nak merapatkan jurang dengan pasukan teratas.”

Arsene Wenger dijemput menjadi pundit untuk aksi tersebut dan memberikan analisis yang padu seperti biasa.

Perubahan struktur pasukan

Wenger menjelaskan bagaimana kehilangan Virgil Van Dijk merupakan salah satu faktornya. Tetapi menurut Wenger, sebenarya ketiadaan Jordan Henderson di tengah adalah lebih besar impaknya.

Kecederaan Van Dijk dan beberapa lagi pemain pertahanan membuatkan Jordan Henderson dan Fabinho ditarik ke bek tengah.

“Salah satu faktor utamanya adalah tentunya kehilangan Van Dijk dan mereka bergelut sejak kehilangan beliau.”

“Salah satu kekuatan utama mereka adalah memenang bola di kawasan tnggi denga adanya Henderson di tengah.”

“Dengan meletakkan Henderson di pertahanan mereka telah hiang kekuatan tersebut.”

 

Wenger: Liverpool memberikan lawan masa

Ditanya oleh Richard Keys apakah Liverpool telah melakukan merosakkan diri mereka sendiri dengan keputusan yang mereka ambil, Wenger menjawab: “Saya hanya berusaha mencari penjelasan yang logik.”

“Liverpool sangat cekap kerana lawan mereka tidak memiliki banyak bola. Dengan mengubah struktur mereka, ianya memmbuatkan mereka memberikan lawan mereka lebih sedikit masa pada bola.”

“Mereka memenangi bola di kawasan lebih tinggi dan dapat dengan cepat memberikan umpanan kepada penyerang mereka. Itulah sebab utama kejayaan mereka dan, tentu saja, kestabilan pertahanan yang baik. Dan mereka telah kehilangan sedikit dari semua itu.”

Sebenarnya pandangan yang sama saya ajukan dalam analisis in depth sebelum ini, di mana City telah mendedahkan kelemahan Liverpool apabila mereka kurang bermain dengan penguasaan.

Korang boleh baca dalam ni:

Salah Ozan Kabak Ke Salah Alisson?

Selain itu, berdepan dengan pasukan yang lebih direct, Liverpool berdepan dengan masalah mematikan bola tinggi yang dihantar terus kepada penyerang.

Arsene Wenger memang power kalau bagi analisis kerana dia seorang tactician yang sangat bagus.

Malah ramai peminat memina Sky melantik Wenger menjadi pundit tetap. Kerana mereka tidak puas mendengar Tun Wenger membentangkan analisisnya.

Baca yang lain