Carlo Ancelotti melabel Paolo Maldini adalah jiwa kepada pasukannya ketika di AC Milan sebagai pengurus.
Menurut Ancelotti, Maldini pemain yang memiliki karisma luar biasa. Sehingga pemain lawan pun tidak pernah memperlekehkan atau cuba menganjing kapten Milan itu.
Selain daripada seorang pertahanan yang hebat, Maldini juga pemimpin dan lelaki yangg luar biasa.
Dia sentiasa berterima kasih kepada Ancelottti dan rakan sepasukannya setiap kali mereka menang.
Oleh itu, ketika Maldini memutuskan untuk bersara, Carlo Ancelotti tahu bahawa intipati atau jiwa pasukan Milan miliknya telah pergi.
Don Carlo berkata: “Setiap kali pasukan kami menang, kami akan berpelukan. Kadang-kadang saya akan pergi kepadanya, dan kadang-kadang dia akan berlari ke arah saya. Apa yang indah tentang Paolo ialah dia selalu mengucapkan ‘terima kasih’.
“Selepas setiap kejayaan, sebagai pemimpin sejati, apabila dia kembali ke bilik persalinan, dia mempunyai dua ritual: Pertama, menanggalkan lilitan kapten dan meletakkannya di atas lokernya.
“Kedua, dia akan berterima kasih kepada semua orang, sambil berjabat tangan.
“Saya tidak pernah melihat pemain seperti dia, dengan karismanya. Pada hari perlawanan terakhirnya di Florence, ketika dia pergi, dia memeluk saya untuk kali terakhir. Pada saat itu, saya sedar bahawa isi jiwa Milan saya telah pergi.
“Itulah yang membentuk seorang lelaki yang hebat. Paolo adalah pemimpin pasukan itu. Jika ada pemain lain yang melakukan kesilapan atau tidak berkelakuan seperti yang diharapkan, dia akan memberitahu mereka hanya dengan pandangan.
“Apa yang luar biasa ialah pemain dari pasukan lain juga bersikap berjaga-jaga di hadapan Paolo. Saya tidak ingat sesiapa yang pernah berkata apa-apa buruk kepadanya. Dia tidak perlu bercakap… Ada juara seperti Seedorf, Nesta, dan Shevchenko, yang akan cair seperti salji di bawah matahari apabila kapten memberikan mereka pandangan.
“Jika seseorang lewat untuk latihan, mereka tahu mereka harus menjelaskan diri mereka kepada Paolo sebelum mereka bercakap dengan saya. Ada pemain muda yang segera meninggalkan sikap tidak berdisiplin mereka kerana dia. Dia memberikan contoh, walaupun pada usia 39 tahun, di masihh mampu bermain peringkat tertinggi.
“Saya ingat suatu hari saya bertanya kepadanya: ‘Paolo, bagaimana kamu melakukannya?’ Dia menjawab: ‘Saya melakukannya untuk menunjukkan kepada semua orang yang datang ke sini bahawa kamu tidak boleh takut, walaupun ketika kamu berusia 40 tahun. Saya selalu memimpin kumpulan kerana saya kapten, dan saya harus menjadi yang pertama memberikan contoh.’
“AC Milan memenangi kejuaraan kerana kami mempunyai pemain hebat, tetapi yang paling penting, kami mempunyai jiwa. Jiwa itu dipanggil Paolo Maldini…”