Ancelotti Bidas Bayern Munich: “Kami Pun Nak Mengadu, Kimmich Diving”

Carlo Ancelotti mengkritik seorang pemain Bayern Munich ‘terjun’ atau simulasi ketika menentang Real Madrid. Ianya respon kepada kem Bayern yang menuduh Real Madrid dibantu oleh pengadil.

Thomas Tuchel dan pasukan Bayern berasa marah berikutan penyingkiran Liga Juara-Juara yang perit diterima mereka pada awal pagi tadi waktu Malaysia.

Mereka meratapi keputusan pengadil membatalkan gol penyamaan Matthijs de Ligt kerana ofsaid. Tuchel dan Muller mengecam pengadil yang tidak menyemak VAR.

De Ligt turut menyelar pengadil perlawanan dalam temu bual selepas perlawanannya manakala Tuchel membuat dakwaan serius terhadap pengadil semasa sidang media selepas perlawanannya.

Apabila ditanya tentang aduan serta rungutan Bayern, Ancelotti membidas Joshua Kimmich – menuduhnya pemain itu diving.

Selepas perlawanan pembukaan Alphonso Davies, Real menyangka mereka telah membalas gol itu serta-merta apabila De Ligt menampan bola ke gawangnya sendiri daripada rutin sepakan sudut yang licik oleh Madrid.

Tetapi selepas semakan VAR, pengadil perlawanan Szymon Marciniak tidak membenarkan gol selepas Nacho didakwa telah mengasari Kimmich.

Nacho meletakkan tangannya pada Kimmich, yang terhempas ke tanah dengan cara dramatik. Dan Ancelotti merujuk gol mereka yang tidak dibenarkan apabila ditanya tentang aduan Bayern. Ancelotti menyatakan bahawa pengadil turut menyelamatkan Bayern daripada bolos selepas gol Davies.

“Bayern mengadu tentang ofsaid? Ok, jadi kami pun nak mengadu tentang gol Nacho yang dibatalkan… kerana Kimmich simulasi,” jelasnya.

“Jika mereka mengadu tentang itu maka kami boleh mengadu tentang gol kami yang tidak dibenarkan. Kedua-dua pemain saling menolak dan Nacho pula dipersalahkan.

Pemain gantian, Joselu masuk dari bangku simpanan, dia menyamakan kedudukan apabila dia merembat bola dari jarak dekat akibat kesilapan Manuel Neuer.

Bekas penyerang Stoke City itu kemudian meletakkan pasukannya di hadapan ecara agregat selepas menjaringkan gol dari jarak dekat.

Dia pada asalnya didakwa ofsaid, tetapi gol itu kekal berikutan semakan VAR.

Real akan menentang Borussia Dortmund di Stadium Wembley pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara bulan depan.

Bayern rasminya menamatkan musim tanpa piala buat pertama kali sejak 2012.