Carlo Ancelotti mengakui masa depannya di Real Madrid kini dalam bahaya. Malah tidak menolak tidak menolak dia boleh dibuang kerja hari ini juga. Ini selepas Real Madrid disingkirkan Arsenal daripada suku akhir Liga Juara Juara Eropah.
Dalam carta liga mereka masih berada di belakang Barcelona. Dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa dia boleh dipecat pada akhir musim ini atau bila bila masa selepas Real Madrid disingkirkan Arsenal.
Real Madrid yang memiliki nama besar seperti Vini Jr dan Kylian Mbappe hanya mampu mencetak 1 gol dalam dua pertemuan dengan Arsenal berbanding 5 oleh lawan mereka.
Itupun gol Vini berpunca daripada kesilapan mengejutkan pertahanan lawan. Ancelotti menegaskan bahawa standard yang tinggi di Real Madrid membuatkan masa depannya tidak menentu.
Dan dia tidak terkejut kalau dia dipecat Real Madrid selepas terkeluar daripada UCL musim ini.
Pengurus Real Madrid, Ancelotti berkata: “Mungkin tahun ini, tahun depan apabila kontrak saya tamat…
“Tiada masalah mengenainya. Tetapi apabila saya selesai di sini, saya akan berterima kasih kepada kelab ini. Ia mungkin esok, dalam satu tahun, atau dalam 10 tahun, tetapi saya akan berterima kasih kepada kelab ini. Dan itu sahaja. Noktah.”
Arsenal menang bergaya ke atas Real Madrid untuk menempah slot separuh akhir menentang PSG yang berjaya menewaskan Aston Villa.