Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti berkongsi kisah dia pernah meminta pemandu bas meninggalkan sahaja Zinedine Zidane yang lewat. Ancelotti tidak boleh menerima apabila dia dan pemain pemain lain kena sidai dengan Zidane.
Carlo Ancelotti ketika itu menjadi pengurus Juventus dari 1999-2001. Ada satu peristiwa di mana Zidane lewat berkumpul bersama pasukan yang mahu bergerak ke stadium untuk perlawanan.
Menurut Ancelotti, dia memang tak suka dengan pemain yang lewat tidak kira siapa mereka.
“Ada satu masa itu, di Juventus, Zidane pernah lewat dan kami menunggu dia di dalam bas.
“Saya beritahu pemandu bas, tak payah tunggu lagi, jom bertolak sekarang. Namun pemandu bas pula tak nak bertolak.
“Lepas itu Paolo Montero [pertahanan Juve] turun dari bas untuk bercakap dengan saya. Dia memberitahu saya betapa pentingnya Zizou kepada rakan sepasukannya.
“Saya beritahu: Kita bertolak la dulu, nanti kita cakap pasal benda ni. Namun dia [Montero] mengingatkan saya balik: ‘Kamu tak faham, tanpa Zizou kami semua tak mahu bertolak ke mana mana’.”
Melihat pemain itu bersungguh sungguh tidak mahu bertolak tanpa Zidane, maka Ancelotti pun akur walaupun disidai teruk oleh Zidane.
“Jadi saya nampak gayanya kena dengar pendapat ini. Maka kami pun tunggu Zidane,” tegas Ancelotti menceritakan betapa pentingnya aura Zidane kepada rakan sepasukannya. Sehinggakan mereka tidak kisah untuk menunggu lama pemain itu.
Zidane bermain 151 perlawanan untuk Juventus. Menjaringkan 24 gol sebelum dia berpindah ke Real Madrid pada 2001. Ketika di Juve, Zidane membantu kelab itu menjuarai Scudetto 2 musim berturut turut.
Jadi tidak hairanlah rakan rakannya tidak mahu bertolak jika Zizou tidak ada dalam bas pasukan. Juve ketika itu memiliki ramai bintang lain, namun mereka tidak kisah untuk menunggu Zidane walaupun menurut Ancelotti mereka kena sidai cukup lama pada masa itu.
Ketika era kegemilangannya sebagai pemain Zidane merupakan playmaker tengah yang elegan dan penuh skil. Malah dianggap oleh ramai pihak sebagai GOAT untuk Perancis.
Dia kemudian menjadi pembantu Ancelotti pada awal karier kejurulatihannya di Real Madrid. Tidak lama selepas itu dia menjadi pengurus Real Madrid dan memenangi 3 UCL sebagai pengurus bersama kelab Madrid itu.
Zidane ketika ini masih lagi tidak ada sebarang jawatan dengan mana mana pasukan. Laporan dari L’Equipe sebelum ini menyebut bahawa Zizou sebenarnya masih menunggu peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis.
Zidane juga seringkali dikaitkan dengan jawatan di beberapa kelab besar yang lain serta jawatan di Arab Saudi. Namun buat masa ini Zidane masih menikmati tempoh rehatnya selepas era Real Madrid.