Ancelotti Dedahkan Real Madrid Tak Mahu Bermain Piala Dunia Kelab Sebab FIFA Kedekut

Carlo Ancelotti membidas FIFA yang hanya menawarkan bonus €20 juta kepada kelab seperti Real Madrid untuk bermain di Piala Dunia Kelab yang akan datang.

FIFA memperkenalkan format baharu Piala Dunia Kelab yang lebih banyak pasukan. Namun Ancelotti merasakan FIFA menawarkan jumlah wang yang terlalu sedikit untuk kelab itu.

Ancelotti menyatakan bahawa Real Madrid dan beberapa kelab lain lagi tidak mahu bermain dalam Piala Dunia Kelab itu nanti.

Ancelotti yakin FIFA meraih pendapatan yang sangat tinggi daripada pertandingan itu. Dan yakin bahawa perlawanan melibatkan Real Madrid sahaja, meraih sekitar €20 juta untuk satu perlawanan.

Jadi adalah tidak masuk akal untuk FIFA menawarkan mereka bayaran bonus sebesar €20 juta sahaja untuk bermain dalam Piala Dunia Kelab itu nanti.

Dia berkata kepada Sports Italia News: “FIFA, lupakan je la, pemain pemain kami dan kelab tak akan terlibat dalam pertandingan itu nanti.

“Satu perlawanan Real Madrid pun meraih pendapatan €20 juta, dan FIFA menawarkan kami wang sebanyak itu untuk bermain keseluruhan pertandingan piala itu? Negatif!

“Beberapa kelab lain pun macam kami juga, menolak tawaran daripada FIFA untuk bertanding dalam kelab itu.”

Kenyataan Ancelotti ini dikeluarkan beliau secara peribadi. Buat masa ini Real Madrid atau Florentino Perez masih belum memberikan komen tentang perkara itu.

Real Madrid pastinya pasukan yang menerima jemputan untuk bermain di Piala Dunia Kelab kerana berjaya menjuarai Liga Juara Juara Eropah 2024 yang lalu.

Real Madrid pasti akan lebih kuat musim hadapan dengan kehadiran Kylian Mbappe. Seterusnya Endrick juga berpeluang untuk menyertai mereka walaupun perancangan awal menyatakan pemain itu akan kekal di Brazil dahulu.