Carlo Ancelotti menyatakan bahawa mencabar Donnarumma ketika pemain itu cuba bermain dengan bola di kakinya ataupun ball playing merupakan taktikal yang sudah dirncang. Cuma PSG je lalai.
Menurut Ancelotti, Donnarumma bukan pemain yang bagus untuk melakukan ball playing. Namun dia seringkali cuba melakukannya kerana taktikal.
Sebelum perlawanan di Bernabeu, Ancelotti mengadakan sesi latihan khas untuk menekan penjaga gol secara agresif.
PSG mendahului menerusi Kylian Mbappe. Namun insiden Donnarumma yang terkena cabaran Benzema terus kehilangan bola telah menjadi punca kepada kehancuran motivasi PSG. Di mana Benzema selepas itu meledak 2 lagi gol untuk hatrik dalam tempoh 17 minit.
Ancelotti percaya kesilapan Donnarumma itu memberikan kerosakan secara psikologi kepada PSG.
Ancelotti berkata: “Ianya malam yang istimewa kerana kita memenangi perlawanan sukar dan rumit. Dan menjadi lebih sulit selepas gol Mbappe.”
Ancelotti kemudian mendedahkan bahawa mereka berjaya menekan Donnarumma ketika pemain itu cuba bermain main dengan bola. Di mana Ancelotti sangat mengenali kelemahan penjaga gol itu dari segi teknik dan tahap ketenangannya ketika ditekan.
donnarumma 😹pic.twitter.com/WQqqJosCri
— Karim (@Futball_Karim) March 9, 2022
Ancelotti memiliki ramai kenalan di Milan yang sedia memberikan informasi apa sahaja tentang Donnarumma.
“Kami sukar memenangi bola kembali, namun dengan tekanan di garisan tinggi, seperti yang kita telah uji di latihan, kita berjaya mendapat gol dan mengubah perlawanan keseluruhannya.”
“Penyokong kami mulai menaikkan semangat kami dan mencipta lebih banyak dan banyak. Ianya adalah malam yang spektakular dan saya sangat sangat gembira.”
Carlo Ancelotti hailed #RealMadrid after a ‘special night’ to turn #PSG around and reach the Champions League quarter-final, revealing they had prepared the press that forced Gianluigi Donnarumma into a crucial error https://t.co/lLOWcBK5mY #RMAPSG #UCL #Donnarumma
— footballitalia (@footballitalia) March 9, 2022
Ancelotti turut dipuji kerana membuatkan pertukaran yang sangat baik dalam usaha untuk bangkit selepas jaringan Mbappe yang menyaksikan mereka 0-2 di belakang secara agregat.
“Ianya bukan 45 minit pertama yang kami jangkakan. Kami ada banyak sekali kesukaran dan itu hanyalah perkara normal. Namun kami terlalu lambat untuk melakukan pressing. Ianya menjadi sangat sukar kalau kamu nak 1 lawan 1 dengan Mbappe tetapi kami berjaya.”
Benzema menjaringkan tiga gol, tetapi perbezaan terbesar adalah Luka Modric mengawal bahagian tengah.
“Selepas gol itu, suasana di stadium berubah sama sekali. Setengah jam terakhir adalah menakjubkan dan ia mesti begitu, kerana jika tidak kami tidak akan dapat mengalahkan Paris Saint-Germain,” tambah Ancelotti.
“Anda melakukan penggiliran apabila skuad keletihan. Saya merehatkan Toni Kroos kerana dia tidak berlatih sepenuhnya, manakala Rodrygo dan Camavinga membawa tenaga baru ke permainan.”
Walaupun Ancelotti menganggap taktikal menekan Zizanrumma itu berjaya, namun bagi kem PSG ianya adalah satu penipuan dan kecurangan wasit.
Presiden PSG, Nasser Al Khelaifi dan Leonardo – Pengarah Sukan PSG – dikatakan terus bergegas cuba masuk ke bilik persalinan pengadil. Namun dihalang staf.
Nasser yang marah terus merosakkan peralatan di tempat tersebut. Dia menjerit dan memaki hamun pengadil.
Kejadian itu dirakam oleh salah seorang staf Real Madrid. Dan UEFA dikatakan menjadikan footage rakaman tersebut sebagai bahan bukti untuk siasatan mereka.
Nasser Al Khelaifi menyatakan bahawa pengadil tidak betul dan punca mereka kalah. Dia mendakwa Benzema seharusnya dikenakan tindakan kerana mengasari Donnarumma.
Selain itu, Mauricio Pochettino turut mengkritik pengadil yang membenarkan gol pertama Benzema.
PSG terus kempunan UCL yang mereka dambakan. Nasser Al Khelaifi tidak membawa masuk Messi, Neymar dan Mbappe serta Donnarumma kalau cuma mahukan Ligue 1.
Nasser sebelum ini sudah memecat beberapa pengurus termasuk Tuchel dan Unai Emery kerana gagal memberikan kejuaraan UCL kepada PSG.
Musim lalu, nasib Pochettino turut dibincangkan oleh lembaga pengarah kelab selepas gagal membawa UCL ke Paris. Namun mereka memutuskan untuk terus memberikan kepercayaan kepada Pochettino.