Ancelotti Jelaskan Secara Taktikal Peranan Hazard, Namun Dia Bukan Pilihan Utama Ketika Ini

Carlo Ancelotti tanpa berselindung memberitahu media bahawa, Eden Hazard bukan pilihan utama dalam pasukan Real Madrid yang ada sekarang.

Ianya menguatkan lagi spekulasi bahawa Eden Hazard sudah sedia untuk dilepaskan ke kelab lain.

Hazard menyertai Real Madrid dari Chelsea beberapa tahun lalu dengan nilai perpindahan mencecah EUR140 juta secara keseluruhan. Walaupun ketika itu Hazard berada di tahun akhir kontraknya.

Namun Real Madrid sanggup membayar mahal pemain itu, disebabkan prestasi luar biasanya di Chelsea.

Malang sekali, sejak menyertai Madrid, Hazard banyak mengalami kecederaan, masalah berat badan serta krisis prestasi yang tidak menentu.

Ini kerana beliau tidak dapat bermain secara konsisten, itu yang mempengaruhi prestasinya.

Hazard sudah kembali menjalani latihan dan wartawan mahu tahu situasi Hazard pada ketika ini di Real Madrid.

Ancelotti menjelaskan bahawa Hazard bukan pilihan utama ketika ini. Beliau juga menjelaskan secara ringkas peranan Hazard di dalam taktikalnya.

Beberapa hari yang lalu Ancelotti berkata: “Hazard adalah pemain yang boleh bermain dalam 4-3-3 sebagai penyerang sayap. Ataupun bermain sebagai attacking midfielder dalam sistem 4-4-2, di belakang penyerang utama.”

“Namun masalah dia sekarang, dia ada jurulatih yang lebih memilih pemain lain.”

“Perkara seperti ini boleh berlaku dalam pasukan seperti Real Madrid.”

“Paling penting adalah dia terus bersemangat dan bekerja keras dalam usahanya mendapatkan minit permainan, di mana dia sedang melakukannya ketika ini.”

“Momen dia akan tiba nanti. Saya yakin dia akan kembali ke prestasi terbaiknya musim ini dan bermain lebih banyak perlawanan berbanding sekarang ini.”

“Hazard memiliki segala kualiti yang diperlukan untuk bermain untuk Real Madrid, ini termasuk kualiti dan juga motivasi.”

“Hazard hanya perlu bersabar, kerana kadangkala pengurus akan pilih pemain lain.”

Eden Hazard yang gemar dengan posisi sayap kiri, kini berdepan kesulitan untuk memnembusi pasukan kesebelasan utama. Ini kerana prestasi cemerlang ditunjukkan Vinicius Jr pada ketika ini.

Buat masa ini, Vinicius tidak ada tanda tanda akan melepaskan posisi itu kepada pemain lain. Sejak ketibaan Ancelotti, Vinicius ternyata mendapat keyakinan yang lebih tinggi di atas padang berbanding sebelum ini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di