Ancelotti: “Ketika Lockdown Klopp Barikan Saya Hadiah Vape”

Carlo Ancelotti mendedahkan bahawa dia sebenarnya sangat rapat dengan Jurgen Klopp.

Dia malah menganggap Klopp sebagai seorang yang sangat baik dan disayangi semua orang di sekelilingnya.

Hubungan mereka semakin rapat beberapa tahun yang lalu.

Ini terutama sekali ketika Ancelotti dan Klopp tinggal di bandar yang sama, Liverpool satu ketika dahulu.

Ketika itu Carlo Ancelotti menjadi pengurus Everton.

Hubungan mereka lebih rapat ketika lockdown. Di mana kedua duanya berinteraksi menerusi telefon dan saling bertukar tukar hadiah.

Ancelotti berkata: “Saya sangat rapat dengan Jurgen Klopp.”

“Kami tinggal setahun setengan di Liverpool pada tempoh pandemik dan lockdownd.”

“Pada masa itu, kami seringkali berbalas mesej antara satu sama lain dan bertukar tukar hadiah.”

“Klopp memang manusia yang sangat mesra dan disayangi.”

Wartawan kemudian bertanya apakah jenis hadiah yang Klopp berikan kepadanya.

“Apa jenis hadiah? Rokok elektronik,” tegas Ancelotti.

Jurgen Klopp turut mengagumi Ancelotti. Menganggap Ancelotti sebagai pengurus yang sangat tenang.

Menurut Klopp, pengurusan bola sepak Ancelotti adalah di kelas tersendiri.  Menjadikan dia antara pengurus paling berjaya sepanjang zaman terutama sekali dalam UCL.

Klopp berkata: “Carlo Ancelotti, pengurus paling tenang yang saya pernah jumpa dalam hidup saya. Salah seorang insan terbaik yang kamu boleh jumpa.”

“Dia fantastik, rendah diri dan baik. Cara pengurusannya adalah di tahap tersendiri.”

Kedua dua pengurus akan bertemu sekali lagi di bandar Liverpool. Kali ini dalam aksi UCL.

Di mana Liverpool akan menjamu kunjungan Real Madrid untuk first leg bagi pusingan 16 akhir UCL yang disambung semula.

Kedua dua pasukan pernah bertemu dalam final 2018, di mana Ancelotti ketika itu berjaya membimbing Real Madrid menjuarai UCL menewaskan Liverpool di final.

 

Baca yang lain