Carlo Ancelotti tenang tenang sahaja mendengar rungutan Guardiola ke atas jadual terlalu padat di England yang boleh menyebabkan mereka sangat keletihan ketika berdepan Real Madrid nanti.
Guardiola menggariskan bagaimana Real Madrid mendapat 9 hari rehat sebelum aksi UCL antara mereka dan Man City bergelut dengan jadual sangat padat.
Pep Guardiola jelas tidak berpuas hati dengan jadual padat di England. Dan membandingkan dengan Real Madrid yang ada 9 hari untuk mempersiapkan diri bagi aksi menentang Man City dalam suku akhir Liga Juara Juara Eropah.
Sebagai perbandingan Man City bermain 7 perlawanan dalam 21 hari terakhir. Seterusnya rungutan Guardiola juga ditujukan pada jadual piala FA yang menurutnya sangat tidak kena pada masanya.
Kami menentang Aston Villa jam 8:15 malam kemudian lawan Palace pada 12:30 tengahari pada Sabtu, 12:30! Lepas tu kami akan pergi ke Madrid pada Selasa.
“Real Madrid ada 9 hari untuk persiapan, sembilan hari! Mereka bermain hujung minggu ini dan tak akan bermain sehingga aksi melawan kami.
“Saya nak meminta lebih sehari rehat kerana itu memberikan perbezaan besar, tapi itu mustahil.
Skuad Man City akan bertemu Arsenal hari ini kemudian akan beraksi 2 lagi aksi liga sebelum aksi menentang Real Madrid.
“Madrid ada sembilan hari untuk persiapan, perbezaan itu sangat besar. Di Perancis, PSG tidak akan bermain perlawanan di celah celah aksi sebelum suku akhir UCL. Di Portugal biasanya mereka bermain aksi Jumaat untuk pasukan yang bermain di UCL.
“Kami akan menentang Real Madrid pada Rabu pada aksi kedua. Jadi kami bermain aksi Piala FA pada Sabtu atau Ahad. Sedangkan Coventry, United atau Chelsea cuti minggu itu.
“Kenapa kami bermain pada Sabtu? Kenapa tak berikan kami rehat lebih sehari apabila pasukan lain tidak bermain di Eropah. Adakah kita sebenarnya bertarung dengan penyiaran? Kerana alasannya, mereka berikan kita banyak wang kan?
“Kami akan bermain pada Sabtu, itu dah tentunya. Kami akan ke London lawan Chelsea dan Chelsea tak akan datang sini. Kami yang akan pergi ke London untuk perjalanan 5 jam. Tiada masalah, kami akan pergi sana.
“Saya pernah mengalaminya. Dan ini sudah berlaku banyak tahun dah. Kami datang dari Dortmund dan tiba pada petang Khamis, rehat pada Jumaat. Naik tren atau pesawat ke London untuk 4 atau 5 jam. Dan kami bermain menentang Liverpool pada Sabtu, Chelsea semua itu perlawanan besar. Kami keletihan.
“Saya tak akan meminta bantuan mereka [Liga Inggeris] kerana mereka pun ada masalah merekas sendiri. Saya cuma mahukan jawapan. Kenapa kami sentiasa bermain Sabtu bukan Ahad. Satu hari tu banyak perbezaannya pada tahap ini dengan ramai pemain cedera akibat jadual terlalu padat. Kami bernasib baik sebab masih mampu bermain.”
Ancelotti tenang sambil mensyukuri nikmat yang ada
Ancelotti akui dia faham dengan rungutan Guardiola dan menyatakan dia bersyukur dengan sedikit kelebihan yang dimiliki pasukannya.
Dia faham kenapa Guardiola menggariskan perkara itu. Kerana bola sepak moden itu kompleks dan setiap butiran kecil itu penting.
Carlo berkata: “Saya bersyukur dan gembira kerana memiliki rehat 9 hari untuk persiapan menentang City. Di mana jadual mereka lebih sukar.
“Bola sepak moden memang macam ni la. Kami mendapat sedikit kelebihan pada masa ini berbanding mereka.”
“Namun perkara itu tidak akan mempengaruhi perlawanan ini. Kami ada masa yang cukup untuk mempersiapkan diri untuk perlawanan tersebut dan kami akan buat yang terbai.
⚪️🗓 Ancelotti on Guardiola's comments about the schedule: "This is football, I'm happy with nine days to prepare City game. We have a small advantage yes…".
"But this won't influence the game. We have time to prepare the game and we'll do our best". pic.twitter.com/Ym2pp75fUd
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 1, 2024