Ancelotti Terus Kekal Namun Perez Tak Akan Bagi Duit Untuk Beli Pemain Januari Kecuali Untuk Trent

Carlo Ancelotti sudah diberikan jaminan untuk terus kekal sebagai pengurus Real Madrid walaupun kalah dalam final Supercoppa Espana baru baru ini.

Ini adalah kali kedua Real Madrid dimalukan dalam el clasico musim ini di bawah kendalian Ancelotti.

Beberapa laporan menyebut bahawa Real Madrid sudah sedia untuk mencari pengganti Ancelotti. Media seperti Relevo melaporkan bahawa nama Xabi Alonso kembali menjadi perbincangan di kem Madrid.

Walaupun dimalukan Barca dalam el clasico baru baru ini, perkara itu tidak menjejaskan langsung kedudukannya dalam Real Madrid.

Perez masih percaya bahawa Ancelotti pengurus yang tepat untuk memacu projek Real Madrid musim ini.

Pengurus Real Madrid, Ancelotti, sudah memberitahu Florentino Perez bahawa kelab memerlukan dana perpindahan untuk menguatkan pasukan mereka pada Januari – menurut laporan NY Times.

Hal ini kerana Real Madrid berdepan dengan beberapa krisis kecederaan yang dianggap agak meresahkan. Terutama sekali di barisan pertahanan.

Real Madrid masih dalam landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan mereka. Tetapi Ancelotti agak bimbang dengan faktor squad depth pasukannya akan merencatkan usaha mereka.

Ancelotti kerap menggunakan beberapa pemain di posisi yang bukan posisi pertama atau kedua mereka.

Malangnya, Perez percaya bahawa kelab itu tidak memerlukan sebarang pembelian pada jendela perpindahan Januari ini.

Real Madrid hanya akan membeli Trent Alexander Arnold jika Liverpool setuju menjual pemain itu pada harga sekitar EUR30 juta.

Namun bidaan Real Madrid sebelum ini ditolak oleh Liverpool yang masih dalam persaingan dalam beberapa trofi.

Selain daripada itu, kelab tidak akan berbelanja untuk membeli pemain lain. Kerana Real Madrid agak serik membeli pemain terlalu mahal pada Januari, selepas kes Eden Hazard.

Harga pemain pada Januari memang akan lebih mahal kerana banyak pasukan enggan mengganggu skuad mereka pada pertengahan musim.