Ancelotti Yakin Vinicius Jr Akan Menang Ballon d’Or

Carlo Ancelotti berpendapat, dengan hatrik memukau Vinicius ke atas Borussia Dortmund di UCL, menguatkan lagi status pilihan pemain itu untuk memenangi Ballon d’Or.

Rea Madrid sekali lagi melakukan kebangkitan epik di UCL. Mereka ketinggalan 0-2 daN BANGKIT untuk menang 5-2. Perkara yang sama pernah mereka lakukan beberapa tahun lalu ke atas Liverpool.

Persembahan Vinicius memukau seluruh dunia dan Ancelotti percaya itu adalah bukti kuat pemain itu bakal menjadi pemenang Ballon d’Or 2024.

Ancelotti anggap persembahan Vini pada separuh masa kedua sebagai rare.

“Ianya sangat langka / rare untuk melihat pemain pamer prestasi macam Vinicius pada separuh masa kedua. Bukan sahaja kerana gol gol yang dia cetak. Namun dia memiliki tenaga luar biasa, intensiti dan karakter yang kuat.

“Saya rasa dia akan menang the Ballon d’Or atas apa yang dia buat sepanjang musim lalu, membantu kami menang UCL dan persembahan dia hari ini, skor 3 gol, yang masih dikira untuk pencalonan Ballon d’Or.”

Vinicius sebelum ini kalah di tangan Lionel Messi untuk Ballon d’Or 2023 selepas membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022. Yang berlangsung pada tahun 2023.

Vinicius, Erling Haaland dan Rodri antara 3 nama yang dianggap bakal bersaing hebat untuk anugerah tersebut.

Apa yang pasti  tiada nama Lionel Messi dan CR7 dalam senarai akhir untuk kali ini. Dan inilah kali pertama tiada nama Messi atau CR7 dalam pencalonan Ballon d’Or sejak 2003.

Kedua  dua pemain sudah sedia menyerahkan baton kepada generasi baharu.