Anda Rasa Harimau Muda Dapat 1 Mata Atau Hilang 2 Mata?

Perlawanan pertama berhadapan dengan Myanmar, Malaysia seri 1-1. Boleh dikatakan aksi yang kita bernasib baik kerana tak kalah.

Mungkin kerana persiapan pasukan kita yang terlalu singkat. Di mana proses senarai akhir pun beberapa hari yang lalu dibuat.

Ia memberikan kesan untuk gel-kan para pemain ini di dalam pasukan.

Dalam bola sepak, apabila anda seri, sama ada anda hilang 2 mata ataupun dapat 1 mata.

Jadi, bagi aku anggap je la seri hari ini lebih kepada 1 point gained daripada 2 points lost.

Perlawanan pertama ni memang sukar dalam mana-mana kejohanan sekalipun. Sebab tu pasukan yang menang perlawanan pertama dianggap sangat baik kerana ia bukan mudah.

Pasukan kita banyak perkara yang harus diperbaiki. Para pemain kena lebih percayakan antara satu sama lain.

Ini kekuatan utama pasukan Datuk Ong Kim Swee dalam temasya Sukan SEA mahupun kejohanan belia atau remaja sebelum ini.

Kita ketinggalan awal dalam perlawanan ini. Dan berjaya membalas menerusi satu permainan ringkas di antara Akhyar dan Hadi Fayyadh.

Gol ni sangat penting untuk Hadi Fayyadh mendapatkan keyakinan dirinya bagi perlawanan akan datang.

Jadi, saya rasa pasukan Malaysia mendapat keputusan yang baik. Dari segi gameplay memang ada kalanya jadi, ada kalanya tak jadi.

Bangga juga hari ini melihat Luqman Hakim membuat debut bersama skuad Datuk Ong Kim Swee. Debut yang agak gementar tetapi ini sangat penting untuk Luqman.

Kalau tak mulakan sekarang, bila lagi kan? Harap beliau banyak belajar daripada hari ini.

Jadi, macam aku cakap di atas, aku rasa ini adalah perlawanan yang lebih kepada kita dapat 1 mata bukannya hilang 2 mata.

Korang rasa macamana? Saya meraikan pandangan yang berbeza. Saya pun awalnya anggap ini hilang 2 mata. Namun selepas bertenang saya spin dan u-turn.

Come On Harimau Muda. Rehat dan recover untuk rembat 3 mata pada next game berhadapan dengan pasukan tuan rumah.