Kisah sedih menimpa pemain tengah PSG, Ander Herrera, yang baru sahaja mengalami insiden disamun di jalanan Paris.
Insiden tersebut dilaporkan berlaku di taman awam Bois de Boulogne pada Selasa.
Perompak dilaporkan seorang pelacur telah bertindak menyamun Herrera dan berjaya melarikan telefon bimbit dan dompet beliau.
Menurut laporan oleh Le Point, pelacur itu didakwa telah secara tiba tiba masuk ke dalam kereta Herrera dan segera membuka laci kereta Herrera.
Dia kemudian mengambil dompet dan juga telefon bimbit Herrera. Dia memberitahu Herrera bahawa, pemain itu perlu menghantarnya ke satu lokasi jika mahukan dompet dan telefon bimbitnya.
Herrera menurut permintaan pelacur itu kerana mahukan dompet dan telefon bimbitnya.
Malangnya, pelacur itu terus melarikan barangan Herrera. Dan beliau bergegas membuat laporan polis.
Herrera menjelaskan bahawa pelacur tersebut membawa senjata di tangannya membuatkan beliau tidak berdaya dan menuruti sahaja kehendaknya.
Ander Herrera was robbed by a prostitute last night in Paris according to Le Parisien. The prostitute robbed Herrera’s phone and €2000 from his wallet. 😳 pic.twitter.com/iUMPZEgQgi
— FutbolBible (@FutbolBible) October 27, 2021
Herrera mendakwa, dia kehilangan telefon bimbitnya dan juga wang tunai bernilai EUR2,000 ataupun sekitar RM9,635.
Herrera dikatakan tidak mengambil sebarang cuti, dan menyambung tugasannya seperti biasa. Di mana Herrera menjalani latihan seperti yang dijadualkan.
Dia juga tidak mahu memberikan komen tentang insiden itu ketika dihubungi L’Equipe.
Sebelum ini beberapa pemain PSG berdepan dengan insiden di mana keluarga mereka disamun ketika berada di rumah.
Angel Di Maria pernah diminta meninggalkan padang ketika dia sedang bermain kerana keluarganya disamun di rumahnya.
Keselamatan para pemain PSG serta keluarga mereka seringkali menjadi subjek hangat di Perancis. Dan kelab sebelum ini sudah menyatakan bahawa mereka akan membantu para pemain untuk mengetatkan keselamatan di rumah mereka.