Ander Herrera Terpaksa Tinggalkan Man United Kerana Ed Woodward Dan ‘Board’

Ander Herrera menganggap keputusannya meninggalkan Man United adalah perkara yang paling sedih di dalam kariernya.

Pemain tengah dari Sepanyol itu tak pernah terfikir mahu meninggalkan Red Devils. Beliau kemudian tampil dengan pendedahan di mana, keputusan ‘board’ kelab yang diketuai Ed Woodward adalah sebab kenapa beliau terpaksa pergi.

Bermacam tuduhan dilemparkan ke atas Herrera. Ada yang menganggap beliau memang tak nak kekal kerana tawaran gaji lumayan di PSG.

Herrera akhirnya mencerita perkara yang sebenar buat pertama kali. Beliau mengakui tidak sehaluan dengan pengurusan tertinggi Man United dalam beberapa perkara. Namun beliau tak sangka tindakannya itu akan membawa kepada penamatan kepada kariernya di Old Trafford.

Sedangkan beliau sudah menunjukkan prestasi yang cemerlang di atas padang. Malah pemain itu pada ketika itu masih berharap akan dapat terus kekal dan mendapat kontrak baharu.

Namun beliau menerima keputusan itu secara profesional dan pergi mencari kelab baharu. Lalu PSG datang menawarkan kontrak kepada mereka.

Walaubagaimanapun Ander Herrera tetap menghormati Ed Woodward dan juga pemilik kelab kerana mereka menurut Herrera berusaha untuk mengembalikan kegemilangan Man United.

Namun Herrera tidak setuju dengan beberapa perkara. Antaranya, Herrera dikatakan telah mengkritik dasar dan polisi kelab yang lebih mementingkan perniagaan berbanding bola sepak.

Beliau seorang yang lantang bersuara. Akhirnya Herrera tidak ditawarkan kontrak baharu. Ramai peminat Man United sangat kecewa dengan keputusan itu.

 

“Saya ada beberapa kali tak sehaluan pandangan dengan board. Namun saya menghormati mereka dan sangat sangat menghormati mereka.”

“Mereka berusaha melakukan terbaik untuk Man United. Dan saya tak setuju kalau ada yang mempertikaikannya.”

“Mereka pun sangat kecewa apabila perkara yang mereka harapkan tidak menjadi dan mereka benar-benar berusaha untuk membawa semula Man United bangkit.”

“Saya tak bersetuju dalam beberapa keputusan mereka buat. Namun ini perkara biasa di dalam bola sepak. Ianya berlaku di mana-mana syarikat kamu bekerja sekalipun.”

Ander Herrera menegaskan bahawa, hubungan beliau dengan Ed Woodward masih lagi baik seperti biasa.

Dan ini membuka jalan kepada pemain itu kemungkinan akan kembali semula ke Old Trafford selepas ini? Siapa tahu kan.

Ander Herrera telah menjadi pemain kegemaran di Old Trafford di kalangan penyokong Man United kerana kerap memberikan impak terutama sekali dalam perlawanan besar.

Beliau juga sangat komited dengan pasukan dan tidak banyak songeh.

Herrera meraikan kejuaraan liga pertama di dalam kariernya selepas liga Perancis ditamatkan awal dan PSG ditabal juara. Namun beliau tidak begitu merasai kehangatannya kerana beliau lebih suka meraikan kejuaraan liga dengan menamatkan saingan di atas padang.