Andy Murray Rimas Orang Bersorak Siuuuuu

Andy Murray nampaknya tidak begitu suka mendengar keraian Siuuu yang popular dengan Cristiano Ronaldo.

Andy Murray awalnya keliru dan terpinga pinga. Kerana pemain tersebut mulanya merasakan bahawa ada seksyen peminat menge-boo-nya ketika dia meraikan kemenangan di Terbuka Australia pada pusingan pertama.

Selepas beberapa ketika, barulah dia tahu sebenarnya para peminat turut meraikan kemenangannya dengan meniru keraian Cristiano Ronaldo selepas menjaringkan gol dengan menjerit siuuuu.

Bekas pemain no. 1 dunia dari Britain itu kemudian menyatakan bahawa itu tidak menolak hakikat bahawa dia sangat terganggu dan rimas mendengarkan keraian siuu itu selepas menewaskan Nikoloz Basilashvili dalam pertarungan 5 set.

Biasanya keraian Siuuu akan dilakukan oleh Ronaldo dengan berlari ke penjuru padang. Kemudian CR7 melompat sambil memusingkan badannya, dengan tangan dipusing selepas itu mendarat seperti seorang gimnas, diiringi sorakan Siuuu yang bermaksud ‘Yesss’ dalam bahasa Sepanyol.

Keraian tersebut benar benar berhantu untuk Ronaldo. Kerana satu stadium akan bersama sama dengannya meraikan gol itu ketika di perlawanan halaman sendiri.

Ianya menjadi keraian paling popular dan ikonik di dunia. Ramai yang turut meniru keraian tersebut. Ini termasuk anak Raheem Sterling.

Comel je kan?

Cuma jangan tersilap Siuuu dah la:

Selepas tamat perlawanan, Murray berkata: “Sebenarnya ada perkara yang menyakitkan daripada mereka [para penyokong].”

“Saya awalnya ingat mereka mengejek saya [dengan boo] sebab ada beberapa orang yang menge-boo saya ketika sesi latihan semalam. Saya sendiri pun tak tahu kenapa.”

“Tapi selepas beberapa ketika, saya seperti: taklah, mereka melakukan benda tu, saya rasa ianya seperti siuuu atau sesuatu yang dilakukan Ronaldo apabila dia menjaringkan gol.”

“Dan, ya, ianya sangat merimaskan.”

Andy Murray ternyata lega memikirkan bahawa masih ramai peminat yang berdiri di belakangnya walaupun dia sudah bergelar pemain veteran.

Terbuka Australia kali ini tanpa juara bertahan, Novak Djokovic yang sudah rasmi dihantar pulang oleh kerajaan Australia kerana tidak dapat menunjukkan secara jelas status vaksinasinya.

Ada yang menyatakan Djokovic tak pernah divaksin. Ada pula menyatakan sebaliknya, namun pemain itu menyembunyikan statusnya demi menjaga reputasinya yang sebelum ini berjuang untuk menentang vaksinasi.

Sebagai rekod, Novak Djokovic menjadi pemenang terbanyak dalam Terbuka Australia pada Open era dengan 9 kejuaraan berbanding 6 dimiliki Roger Federer.

Djokovic pernah mencatatkan kejayaan hatrik (3 kemenangan berturut turut) sebanyak dua kali.

Baca yang lain