Andy Robertson Cedera, Tsimikas Dan Milner Sedia Menggantikannya

Andy Robertson mengalami kecederaan yang pada pandangan pertama agak serius. Di mana buku lalinya terputar / twisted.

Robertson dikeluarkan awal dalam aksi pra musim antara Liverpool dan Athletic Bilbao yang berakhir 1-1.

Jurgen Klopp masih menunggu laporan penuh daripada petugas kesihatan Liverpool.

Namun apa yang jelas pemain itu bakal terlepas aksi pembukaan EPL yang cuma ada seminggu sahaja lagi.

Dengan kecederaan Robertson, Liverpool kini ada opsyen James Milner dan Kostas Tsimikas di posisi tersebut.

Kedua dua pemain sudah pastinya opsyen yang bagus cuma Robertson terlalu bagus untuk ditandingi kualitinya dalam pasukan Liverpool.

Pemain tersebut merupakan pemain sistem Jurgen Klopp.

Klopp berkata: “Kita tak tahu lagi buat masa ini, sejauh mana keseriusan kecederaan itu. Dia mengalami kecederaan buku lalinya terpusing.”

“Kesakitan itu sudah ok, namun penilaian lebih lanjut akan dilakukan esok dengan imbasan. Kemudian barulah kita tahu.”

Prestasi Kostas Tsimikas dalam pra musim kali ini agak meyakinkan. Pemain tersebut sebelum ini sudah menyatakan bahawa beliau sudah sedia untuk diturunkan pada bila bila masa beliau diperlukan.

Liverpool sepanjang musim lalu berdepan dengan masalah kecederaan yang sangat kronik.

Pada musim ini, Robertson pula cedera sebelum musim bermula.

Semoga cepat sembuh!