Ange Postecoglou Dipuji Kerana Arahkan Pemain Main High Line Walaupun Dengan 9 Pemain

Tottenham Hotspur tewas buat kali pertama dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini. Dan kekalahan itu hadir ketika berdepan dengan Chelsea yang dikendalikan bekas pengendali Spurs, Mauricio Pochettino.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tottenham, Chelsea yang sebelum ini bergelut mencari gol telah mencetak 5 gol ke atas Spurs yang bermain 9 pemain.

Dejan Kulusevski meletakkan Tottenham 1 gol di hadapan seawal minit ke-6. Ianya dilihat petanda buruk buat Chelsea yang seringkali berdepan dengan masalah prestasi musim ini.

Namun selepas itu Christian Romero dibuang padang pada minit ke-33. Ianya membuatkan Chelsea memiliki kelebihan seorang pemain. Keadaan semakin baik buat Chelsea kerana mereka diberikan sepakan penalti.

Cole Palmer mencetak gol penyamaan untuk The Blues meneruso sepakan penalti minit ke-35. Pemain muda yang dibeli dari City itu ternyata sekali lagi diberikan kepercayaan untuk mengambil penalti.

Separuh masa pertama yang sarat dengan drama dan VAR berakhir dengan 1-1.

Pada separuh masa kedua, hanya 10 minit aksi bersambung, Destiny Udogie pula dibuang padang. Dan kemudian aksi malam tadi menjadi milik Nicolas Jackson.

Di mana dia mencetak hatrik pada separuh masa kedua. Bermula dengan gol pendahuluan pada minit ke-75 dan dua lagi gol pada masa kecederaan sebelum tamat.

Chelsea menang 4-1 dalam perlawanan ini, memberikan kelegaan buat Mauricio Pochettino yang dilanda dengan tekanan pada awal musim ini.

Satu perkara yang menarik perhatian, ketika bermain dengan 9 pemain, Ange Postecoglou tetap mengarahkan pemain pemainnya kekal dengan taktikal garisan tinggi.

Dan selepas perlawanan dia ditanya, kenapa Spurs tetap bermain garisan sangat tinggi sedangkan mereka beraksi dengan hanya 9 orang sahaja pemain. Pengendali asal Australia itu menjelaskan mereka tidak akan pernah takut bermain dengan falsafah bola sepak mereka walaupun bermain 5 orang sekalipun.

Ange Postecoglou berkata: “Itu memang diri kami kawan, ianya memang cara kami dan kami sanggup beraksi seperti itu selagi lagi saya ada di sini. Jika kita dikurangkan kepada 5 pemain sekalipun, kami akan beraksi begitu.”

Jamie Carragher memuji keberanian Spurs dalam perlawanan ini walaupun bermain dengan 9 pemain.

“Keputusan ini agak kejam buat Spurs, kamu mungkin anggap apa yang dilakukan Ange Postecoglou adalah benda gila, namun saya fikir inilah perkara genius.”

“Mereka kekal bersaing dalam permainan ini sehingga minit ke-94,” kata Carra merujuk kepada gol ke-3 oleh Nicolas Jackson.