Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou mengecam VAR selepas menyaksikan Jerman mengalahkan Denmark di Euro 2024.
Tuan rumah mara ke peringkat suku akhir selepas malam yang sarat drama di Dortmund untuk menempah pertembungan menentang sama ada Sepanyol atau Georgia.
Pengadil Michael Oliver terpaksa menangguhkan prosiding pada separuh masa pertama kerana ribut petir dan beberapa keputusan VAR yang kontroversi menyebabkan kekecohan di media sosial.
Jerman menyangka mereka telah mendahului selepas hanya empat minit tetapi Joshua Kimmich telah diputuskan telah mengasari lawan dalam pembentukan gol itu. Kemudian Denmark melihat gol mereka dibatalkan oleh VAR kerana ofsaid. Dengan jarak ofsaid yang sangat nipis.
Another look at the VAR view of the offside call that overturned Denmark's goal 😬🤏 pic.twitter.com/q0YKofPWp0
— FOX Soccer (@FOXSoccer) June 29, 2024
Perbincangan utama datang pada separuh masa kedua apabila pemain pertahanan Crystal Palace, Joachim Andersen telah dihukum kerana handball dan Kai Havertz menyempurnakan penalti yang terhasil untuk memberikan Jerman pendahuluan.
Pemain Bayern Munich Jamal Musiala menambah gol kedua perlawanan itu untuk memastikan kemenangan buat tuan rumah.
Namun peminat dan bekas pemain di studio ITV berang dengan keputusan oleh Michael Oliver yang tidak meneruskan keputusan awalnya, sebaliknya memberikan penalti selepas menyemak VAR.
Legenda Arsenal, Ian Wright berkata dia tak akan pernah menyukai keputusan VAR seperti itu. Kerana pengadil sudah melihat pemain sebenarnya tidak sengaja menampan bola. Namun dia menyemak VAR dan mengubah pendiriannya.
HAVERTZ CONVERTS THE PENALTY AFTER A HANDBALL ON DENMARK! GERMANY GO AHEAD 1-0 🔥 pic.twitter.com/Q6XTHBOPdp
— ESPN FC (@ESPNFC) June 29, 2024
Dan kemudiannya Postecoglou menyuarakan penggunaan VAR dalam permainan moden yang seringkali merosakkan bola sepak. Menurut Ange Postecoglou, VAR sekarang sudah terlalu dominan dalam pengadilan.
Sedangkan sebelum ini FIFA menyatakan VAR hanya untuk rujukan pengadil sebaliknya keputusan pengadilan masih menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara pengadil.
Itu tidak berlaku pada ketika ini. Perkara ini disuarakan oleh Ange Postecoglou beberapa kali pada musim lalu ketika di EPL. Di mana menurutnya, pengadil kini semakin hilang kuasa dalam menggunakan kepakaran mereka kerana terikat dengan VAR.
Ketika disoal mengenai pengadil Inggeris pada kejohanan itu, pengurus Tottenham itu berkata: “Itulah isunya. Michael Oliver tidak membuat keputusan ini [sebaliknya VAR]. Itu adalah isu saya selama ini.
“Dia sendiri melihat tindakan itu, dia menganggap tak perlu berikan penalti. Itu masalah saya sekarang.
“Jika saya mendengar seorang lagi berkata, mereka [VAR] tidak mengadili semula apa yang telah berlaku dalam permainan [kecuali pengadil perlukan bantuan], ini boleh buat saya meletup.
Dia menyambung: “Itulah sebabnya kita membawa masuk teknologi, untuk keputusan seperti ini, keputusan seperti itu bagi saya agak mudah dan tak perlukan VAR.
“Jika itu tidak diberikan pengadil, kita tidak akan bercakap mengenainya esok.
“Ini bukan keputusan yang ada pada Michael Oliver. Kita mengkritik teknologi yang saya kritik secara konsisten selama ini. Saya menyokong penuh pengadil yang membuat keputusan [bukan VAR].”