Ange Postecoglou Kecewa Mentaliti Lemah Peminat Spurs Raikan Kekalahan Pasukan Sendiri

Ange Postecoglou menyindir peminat Spurs yang menurutnya tidak memiliki mentaliti kemenangan dan lemah. Ini selepas ramai yang meminta agar Spurs kalah dalam aksi menentnag City.

Malah ramai juga yang meraikan kekalahan Spurs, hanya semata mata tidak mahu melihat Arsenal menjadi juara.

Mentaliti pasukan itu dari dalam dan dari luar tidak menggembirakan Ange Postecoglou yang sentiasa mahukan pasukannya kekal fokus 100% dan mahu memenangi setiap perlawanan.

Spurs kini terlepas slot ke UCL musim hadapan. Berdasarkan ranking co-efficient, Liga Jerman dan Itali kini mendapat slot kelima itu. Selepas pasukan Inggeris gagal meneruskan kemaraan lebih jauh dalam semua pertandingan eropah musim ini.

Ange Postecoglou benar benar kesal dengan apa yang berlaku. Namun dia merasakan bahawa tiang asas kepada kelab itu telah goyah sebelum perlawanan menentang Man City sama ada dari dalam dan dari luar.

Lebih menyedihkan apabila ada penyokong Spurs yang meraikan detik pasukan mereka kalah di dalam stadium. Membuatkan Postecoglou kecewa.

Ange berkata: “Tiang asas kelab ini benar benar rapuh. Dalam masa 24 jam ianya jelas kelihatan. Ianya dari dalam dan dari luar kelab. Semua tempat. Ini adalah ujian paling menarik. Ini cuma pemerhatian daripada saya.”

Postecoglou tidak suka dengan atmosfera di dalam stadium yang menurutnya sangat hambar. Dia menagih lebih tenaga daripada penyokong.

Postecoglou geleng kepala mendengar peminat mereka bersorak: “Adakah kamu sedang menonton perlawanan ini Arsenal?”

Peminat Spurs meraikan kekalahan mereka dengan gembira hanya kerana mereka tidak mahu Arsenal menang liga. Dan perkara itu menurut Ange memberikan impak kepada prestasi pemain pemain di atas padang.

Mereka mendengar penyokong mereka sendiri tidak mahu pasukan mereka menang.

Ange berkata: “Dah tentu ia mempengaruhi pemain kami. Itulah yang berlaku. Namun saya tak boleh mengarahkan orang apa yang harus mereka buat.

“Setiap orang berhak mengekspresikan diri mereka dengan cara mereka suka. Tapi, ya, sebelum ini kami berjaya memenangi perlawanan dengan gol minit akhir kerana sorakan penyokong membantu kami.

Postecoglou malah dirakam telah bertikam lidah dengan penyokong Spurs di belakangnya selepas mereka melakukan keraian poznan yang seringkali dilakukan penyokong Man City, sebaik sahaja gol pertama Haaland.

Postecoglou dilihat bengang dan mempersoalkan: “Kamu sokong pasukan mana?”

Selepas tamat perlawanan,  Postecoglou memberitahu wartawan: “Saya tak berminat nak ulas benda tu. Saya tak kisah. Saya cuma mahukan kemenangan. Saya nak berjaya dengan kelab ini. Sebab inilah saya dibaawa ke sini. Jadi, apa yang orang lain nak buat, apa yang mereka lebih mahukan itu bukan masalah saya.

“Saya cuma tahu saya nak bina pasukan yang bagus.”

Kekalahan Spurs ini menyaksikan mereka terlepas peluang ke UCL. Dengan slot keempat UCL dari EPL itu dimenangi oleh Aston Villa. Skuad Unai Emery itu 5 mata di atas Spurs di tangga keempat.

Kegagalan layak ke UCL ini sebenarnya satu malapetaka buat Spurs dari sudut kewangan. Walaupun mereka sudah menjual Harry Kane £100 juta namun kelab itu masih menanggung liabiliti yang besar di dalam akaun mereka.

Spurs terlepas bonus pertandingan yang banyak daripada kelayakan UCL.

Ange Postecoglou pula sedar, kesannya adalah kepada dana pembelian pemain. Dia pasti tidak akan dapat membeli pemain bintang yang dia mahukan dengan mudah selepas ini. Kerana kelab akan mengurangkan perbelanjaan pasukan serta bil lain.